Salam A'laik
Alhamdulillah, syukur I baru mengikuti program ISK (Ini Sejarah Kita) yang sangat oshem!! Ruginyaaaaaa siapa tak pergi..Memang sangat best! :) Baru I tahu siapa sebenarnya kita ni, dan dalam banyak-banyak kupasan, yang paling terkesan dengan peperangan khandak/Ahzab yang I kira betul-betul menggoncangkan iman umat Islam, kerana pada ketika itu umat Islam diuji dengan ketakutan yang amat dasyat:( MashaAllah. Dan semasa sedang memecahkan baru untuk menggali parit, Baginda melihat tiga percikan:
Percikan pertama Baginda melihat bayangan di udara Istana Putih di
negeri Yaman. Percikan kedua Baginda melihat bayangan Istana Kisra di
negeri Parsi, Percikan ketiga Baginda melihat mahligai raja-raja di
Constantinople. Percikan-percikan ini menandakan kejatuahan istana-istana negara-negara ini yang akan berjaya ditakluk oleh umat Islam. Subhanallah
Sabda
Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq:
“Constantinople (kini
Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja,
tenteranya adalah sebaik-baik tentera” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Muhammad al-Fateh | |||
Umat
Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan
yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun,
kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di
zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di
zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di dalam
salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi
saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding
kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa
beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin
mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai
sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah
teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis
Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad
Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah
Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya
sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis
tersebut.
PENGENALAN
Baginda
dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan
Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah
bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai
“sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran
Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda
menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 –
886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima
tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada
hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout.
Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.
PENDIDIKAN
Baginda
menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan,
gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu
Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang
tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.Di dalam
bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang
fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia,
Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains,
matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II,
ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru
berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina
dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah matang
menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Muhammad
al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran
para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas
Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan
Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut
menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah
diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.Baginda
sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli
Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga
ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda
seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan
rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang
dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2
tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap
malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab
kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima
perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan
dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom
seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah
Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus
adalah yang paling sempit.Bosphorus
adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan bahagian Asia,
menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer,
dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan
Rumelihisar?. Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter.
Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah
segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin
meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut
dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru
meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya
masih teguh.
MENARA BERGERAK
Seterusnya
Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding
kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya
memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
BANTUAN DARI POPE VATICAN
Pope di
Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera.
Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang
kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.
PERANG DARI PUNCAK GUNUNG
Kegembiraan
mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah
kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil
kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian
diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai
antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para
sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding
pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal
perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah.
Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada
malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka
kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING
Keesokan paginya
tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba
merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan
ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam
diteruskan sehingga tengahari.
KARISMA SEORANG PEMIMPIN
Pengepungan
selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa
bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini
Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia
untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”. Mendengarkan
itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30
tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera
Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah
musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan
pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
PENAWANAN CONTANTINOPLE
Pada 20
Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam.
Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St
Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan
tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda
diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan
Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali
pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak
menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun
lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah
meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang
duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan
solat fardhu. Baginda
bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini
pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada
tenteranya duduk.
Kemudian
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini
pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini
semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak
pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak
baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah
sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya
itu.
INGATAN
Memikirkan
tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya... suatu ketika, dalam perjalanan
menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang
besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut,
al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu
walaupun sebiji.
Perjalanan
diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan
khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang
sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa
al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan
adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang
mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan
mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu
tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah
rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang
mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr khemah, dan memuji
tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.
Pembinaan senjata perang termoden pada waktu itu yang membolehkan bom
seberat 300 kg ditembak sejauh 1 batu. Sementara itu Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah
Eropah
Gambaran ketika usaha menarik kapal melalui bukit sejauh 3 batu.
|
No comments:
Post a Comment
Reactions