Dakwah tak berhasil dengan kekerasan. Dakwah tak berkesan dengan
kekasaran. Sejak bila Rasulullah ajar kita berkasar dalam spreading
Islam? (Quote)
Assalamualaikum w.b.t
Lamanya tak update blog. Hampir sebulan kot. Dalam masa ni memang banyak perkara yang berlaku ada sedih, ada gembira, ada yang benar-benar menguji iman dan sebagainya. Semua yang berlaku adalah dalam proses ketika diri mahu beristiqamah untuk berhijrah secara sepenuhnya. SUKAR! SUSAH! SEDIH!
Sifat sabar bukanlah mudah untuk dicapai hmm SUKAR! memerlukan perjuangan yang tinggi (bertarung dengan diri dan nafsu sebenarnya bukanlah perkara yang mudah). No matter what we do, ask yourself adakah urusan yang dilakukan
itu adalah kerana Allah atau tidak? If kita berungguh-sungguh dalam proses untuk berhijrah menjadi lebih baik, tetapi datang pulak ujian yang dapat menyemarakkan api kemarahan dalam diri (rasa asyik nak marah dan menyirap jer), ataupun diberikan
kesibukan sampai rasa masa sangat mencemburui diri, itu maknanya Allah tahu apa yang kita mampu, Allah takkan bagi ujian mengikut luar kemampuan kita. Masa I sekolah rendah Ustaz dan Ustazah I selalu ajar yang sabar itu separuh daripada iman,
orang yang menang ialah orang yang sabar dan banyak lagi kelebihan
memiliki sifat ini. (Bilalah boleh rasa kemanisan sabar ni yer? Hmmm
Manusia ni ada dua jenis, ehh yeke? yer kawan-kawan, jenis yang pertama ialah orang yang
mempunyai kesedaran ikut ego dan nafsu, Orang yang ikut nafsu ini
memang cepat nak MARAH, semua benda dia nak CEPAT, nak ikut cara dia saja,
pentingkan harta, pangkat, ingat nak menang saja. Orang begini jika
berlaku KELEWATAN, dia akan mudah MARAH (Aiseeeyy, ni memang tengah bercakap pasal diri sendiri ni). Keburukannya ialah apabila kita marah,
hormon-hormon negatif akan dikeluarkan. Begitu juga jika selalu
takut, panik, risau atau sifat-sifat negatif lain. Sifat-sifat ini akan
menghilangkan segala khasiat makanan-makanan baik yang kita ambil,
dan mengeluarkan hormon yang merosakkan badan pula.
Manakala manusia jenis yang kedua pula mempunyai
kesedaran ikut ketuhanan dan iman. Sebaliknya jika
hidup dengan kesedaran ketuhanan dan menggunakan keimanan dalam
setiap reaksi kita, kita akan sentiasa bekerjasama, menghargai orang lain, penuh kasih sayang, melihat kebaikan pada seseorang atau
pada setiap kejadian, bermurah hati, berterusan memperbaiki diri, dan menerima manusia seadanya (Ishh banyaknyer aku takde T_T )
I pun nak share apa yang I dapat dari Prof Dr Muhaya :)
Contoh Situasi:
Contohnya jika berlaku kelewatan dalam
temujanji. Jika kita tak sabar, kita
sendiri yang akan tertekan (selalu dah kena). Tetapi jika redha, kita akan berasa lebih
tenang. Gunakan masa yang ada untuk buat perkara lain dulu, contohnya
boleh solat hajat, baca Quran, dan sebagainya. Berusahalah menjadikan
sifat sabar itu sebagai tabiat kita semua. (Quote)
Ibu merupakan seorang yang cukup
penyabar, sebab itulah jika diperhatikan ibu jarang sakit. Oleh itu,
bila ibu sudah tua, sebagai anak, kita perlu juga banyak bersabar
dengan karenah ibu kita. Tiba-tiba saya dapat idea, para ibu, bila
anak kecil mengamuk, buat perangai, rakam menggunakan video dan
simpan. Esok-esok bila dia sudah besar, tunjukkan kembali padanya,
kerana lumrah manusia ini sangat mudah lupa. (Quote)
Soalan dan jawapan from Prof Dr Muhaya:
S: Bagaimana untuk istiqamah menjadi
orang yang sabar dan membuat kebaikan, kerana semakin kita ingin
berubah, terasa semakin banyak dugaan yang datang?
J: Pertama, syaitan memang suka kita
masuk neraka bersamanya. Sebab itu syaitan tidak ganggu orang kafir,
tetapi ganggu kita. Bila dah tahu, kita perlu lebih bersedia untuk
melawannya. Kita perlu terus-menerus berfikiran positif dan bersabar,
sehinggalah ianya menjadi tabiat dan sebahagian daripada kita. Bila
dah jadi tabiat, kita tak perlu fikir untuk bersabar, kerana secara
automatiknya kita tahu untuk bersabar. Untuk membentuk tabiat positif
memang memerlukan mujahadah dan disiplin yang tinggi. Boleh juga buat
catatan jurnal untuk membantu, InsyaAllah.
S: Sebagai guru, ada kalanya saya tidak dapat menahan sabar dengan anak murid. Tetapi bila mengenangkan bahawa merekalah yang akan mendoakan saya nanti, jadi sejuk kembali hati dan bersemangat semula.
Cuba kita sibuk betulkan diri kita sendiri, tak perlu untuk ubah orang lain. Jadikan segala tujuan, setiap perkataan, perbuatan kita hanya untuk Allah. InsyaAllah orang-orang yang mempunyai kesedaran ketuhanan, auranya sangat positif dan akan dapat membantu orang negatif disekeliling juga berubah,
InshaAllah!
Sabar walaupun panas akibat kelewatan. Maryam isi masa dengan berposing dan mengambil gambar
p/s: Jom sama-sama kita amalkan sifat sabar. Saya mohon sangat moga-moga Allah permudahkan urusan saya dan sahabat-sahabat semua dalam proses kita nak dapat sifat sabar ni yer. Saya nak sangat sifat sabar ni~ Amin amin :)
No comments:
Post a Comment
Reactions