Monday, July 23, 2012

Have a blessed Ramadhan Everyone!!

Salam A'laik

Alhamdulillah Im still alive for this year Ramadhan. Syukur Alhamdulillah. So here I have some question for you. hehe

1) So hows your Ramadhan this year?
2) Is your Ramadhaan spiritually uplifting or physically fattening?
3) Oh, I did not know that. The Meaning of the Word Ramadhan ...Errrk ?

The answer is with you. Ask yourself and keep it (mean Muhasabah) hehe. Ehem ehem btw I nak menjerit sikit boleh tak?? 

SERONOKNYAaaaaaaaaaa RAMADHANnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!

Fuuuuuuuu...Lega =), muhaha sangat seronok, you nak tahu sebab apa seronok? Bulan ni dah la semua syaitan nirojim kena ikat (kecuali nafsu), so memang takde la yang nak menghasut kita umat manusia ni untuk buat jahat (Kira kalau still nak buat jahat jugak tu memang ada something wrong dgn diri kita)  lepas tu Allah menggandakan pulak pahala ibadah kita, tak ke masyyyyuk tu? So apa lagi banyakkan amalan ibadah, moga-moga diterima oleh Allah, dan kepada sesiapa yang nak berubah tuh, inilah masanya yang ditunggu-tunggu, jangan malu jangan segan, siapa lambat dia melepas. Eh eh da macam jual kain pula yer, hehe jom tengok checklist Ramadhan kita tahun ni, haaa ni I punya la oke:

Alamak tertinggal 'R' pula, Correction yer: Checlist tu jadi Checklist oke. 

Checklist ni I suggest buat la tiap-tiap hari, kalau malas sekali pun by week pun bole juga. In the end of the day you bole la lukis tanda senyum =) pada bahagian-bahagian yang you rasa dah berjaya buat. Kalau ada amalan yang terlepas you lukis la tanda sedih jer =(  dan semestinya you kena berazam untuk melakukan amalan yang terlepas tu untuk keesokan harinya. Haaahh lagi satu, kalau tak larat jangan paksa diri, cuma kurangkan je amalan/ aktiviti tapi jangan berhenti terus yer rakan-rakan ku sayang . Contoh kalau rasa tak larat sangat nak habiskan satu muka surat Alquran, just baca 1 ayat pun jadi la, janji you ada keazaman nak buat, oke. Hah ataupun contoh solat terawih, you rasa solat sunat terawih ni panjang sangat kan, bole je nak solat 2 rakaat hari ni, esok 4 rakaat pula dan seterusnya. hehe perlahan-lahan yer, sikit-sikit pun takpe confirm Allahsuka . Apply la prinsip ANSUR MAJU tu, bukan sukan je ada ansur maju, Ibadah pun ada juga. Kayuh sampan perlahan-lahan pun takpe, kita memang akan rasa susah sangat di peringkat permulaan. Tapi percayalah di ahir nanti kita juga yang akan mendapat keuntungan 

Iftar's day one

Sorang-sorang di rumah semua orang balik kampung, bila sorang-sorang ni malasnyaaa, goreng jer telur. Alhamdulillah 

 
p/s: Ohh hari ni ada majlis berbuka puasa+Usrah di rumah Mar. I kena bersiap dulu ni. Later kbai~

No comments:

Post a Comment

Reactions