Thursday, December 20, 2012

Suggestion Drama: Warkah Cinta

 Assalamualaikum dan Salam A'laik

Baru saja habis menonton cerita ni, dan selasa lalu adalah tayangan episod yang akhir. Dengar khabar ranting untuk drama ni tinggi juga di tvalhijrah. Pertama sekali saya rasa impress sebab ada jugak cerita-cerita begini yang mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat. Alhamdulillah :)

Nak tengok tekan je link disini. Kat Youtube semua episode ada.

Saya tak pasti sama ada adakah kerana barisan pelakon yang berjaya menarik perhatian ramai ataupun jalan ceritanya yang berkesan? Walau apapun bagi saya kedua-duanya memainkan peranan penting, kalau cerita hebat tapi pelakon tak boleh berlakon tak jadi jugak kan, ataupun kalau pelakon dah beriya berlakon tapi jalan cerita pun tah apa-apa (takde message) tu pun akan ada orang kritik, hehe biasalah manusia memang tak pernah puas. Tapi cerita ni dua-dua ada, jalan cerita best ada message dan pelakon pun best. Memang suggest untuk korang semua tengok.

 Barisan pelakon, hah yang tengok kamera tu pelakon utama, tak tengok kamera pelakon sampingan haha

Harap-harap lepas ni ada cerita dakwah yang pelbagai dan tidak hanya tertumpu kepada cerita cinta sahaja

p/s: Pandai pulak si Heliza Hilmi berlakon, dulu macam kaku jer. Seronok tengok dia. Comel dan sempoi ~

7 comments:

Reactions