Wednesday, May 2, 2012

Usrah @ Bulatan Gembira (Part 1)

Salam A'laik

Sepatutnya I ada sesi ta'aruf usrah petang ni, tapi disebabkan sister murabbi ada kelas so terpaksa la dibatalkan. Actually ini adalah kumpulan usrah yang baru je I join, usrah ini adalah dibawah pertubuhan IKRAM. Before ni my usrah mate terdiri daripada lingkungan ahli keluarga dan housmate rumah I jer, Kiranya semua yang I kenal la, tapi untuk kumpulan usrah kali ni I just kenal Murabbi je, yang lain seyes tak kenal, jumpa apatah lagi, berdebar jugak nak kenal orang baru ni.. issshhhh I kan pemalu.. hehe blushing2x :)

Well ramai orang tanya kenapa nak usrah? Kenapa? Ada apa dengan Usrah @ Bulatan Gembira ini? Emm let me share with you something yang pernah berlaku pada I, sebelum tu mari dalami erti Usrah itu sendiri :
Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh. Penekanan itu ialah terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi). Penekanan itu akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.

I memannggg cepat leeeeekaaaaaaaaa.. Plus lagi cepat je lalaii. So usrah adalah salah satu medan yang I gunakan untuk mendekatkan diri pada Allah selain  membetulkan akhlak rohani I yang tak berapa nak betol ni. Untuk individu-individu yang sebok nak jaga badan, nak kurus, nak ada badan solid perut kempis macam tayar takde angin nu, dan yang busy nak menghilangkan jerawat di muka tu hah tak kira lagi yang nak mencerahkan muka (alaaaaaa, relex ar, I pun cmtu gak, hehe)

Pernah tak korang terpikir nak jaga bahagian rohani? Korang sibuk nak makan makanan sedap, pernah terpikir tak nak bagi makanan sedap untuk rohani? Mesti korang terpikir kan.. tapii tak tau cara, dont worry I understand.so well!! hehe Sebab perkara ni pernah berlaku kat I. Lepas I keluar asrama, terputus la segala hubungan usrah ni. Serious hidup tunggang langgang jadi tak keruan, kejap-kejap nak marah, kejap-kejap  tak puas hati kat orang, kejap-kejap macam ada something yang tak cukup..  Dan yang penting I lupaaa diri!! sobsobsob:(

Penulis sedikit penat dan mengantok : Padahal kelas habis awal lak tu.hehe

TO BE CONTINUE~ Da malam ngantok nak tidur dulu. Okbye!

8 comments:

  1. heh, usrah mmg sangat best! ^_^

    ReplyDelete
  2. salam, sy teringin nk join usrah. tp xtau mana cari :( saxomia@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Salam macam mana ye nak join usrah azzila_siyhaz@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. salam...macam mne nk join usrah yer...sy area subang.. hafizah.hanim@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...macam mana nk join usrah ya...saya tinggal area tanjung bungah, pulau pinang mirmo_2018@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  6. salam join usrah memang bagus,tapi tanggujawab kat emak bapak dan sanak saudara jangan diabaikan,nanti syurga di idam neraka yg dapat.

    ReplyDelete
  7. maca,m mana nk join usrah say di durian tunggal melaka.,usrah berkaitan suami isteri dn alam perkahwinan

    ReplyDelete

Reactions