Tuesday, December 18, 2012

We are best friends! (The End)

Salam A'laik




Each day I am thankful for nights that turned into mornings and friends that turned into family. Alhamdulillah

Entry kali ni mari kita menggunakan bahasa melayu sepenuhnya, menukar kata ganti nama I kepada saya, hehe bukan apa sesekali memartabatkan bahasa melayu tak salah kan. Kata nak jadi penulis kenalah berusaha. inshaAllah!

Sambungan:  
Bukanlah saya nak cakap semua tinggi-tinggi, tapi ada je yang Allah ciptakan sahabat saya yang kecil dan comel, tapi tak ramai ada la dalam 3-4 orang dalam kelas tu dan selebihnya tinggi-tinggi. So bila keluar jejalan takde la orang peliks sangat 'kenapa la aku ni tinggi sangat dari kawan aku kan'.

 Yang tinggi dulu

 Yang kecil kemudian. Hoho. Miela tak puas hati kenapa dia masuk kumpulan ni. :p

Tapi sahabatku jangan la kita rasa rendah diri dengan apa yang telah Allah ciptakan untuk kita, apa yang Allah dah cipta tu memang dah cukup cantik, masing-masing ada lebih dan ada kurang. Takde siapa kat dunia ni yang sempurna, kau tinggi ke kau rendah ke Allah tak tengok pun yang dia tengok hati dan amalan kita. Astaghfirullah hal Azim. Taubat dah~ Dulu kecik-kecik pemikiran tak matang asyik salahkan takdir je kenapa aku tinggi (yolah hari-hari orang ejek KLCC, Stress la) hehe


Alhamdulillah terima kasih Allah!

Saya tak pasti sama ada diri ini telah menjadi sahabat terbaik buat sahabat-sahabat saya (geng popia) Adakah saya telah menunaikan hak-hak mereka?? Hmmm rasanya tidak, banyak hak mereka saya tak tunaikan dan yang buruknnya saya selalu pentingkan keperluan diri dari keperluan mereka, semoga Allah ampunkan dosaku :( Yang saya pasti mereka telah menjadi sahabat terbaik buat diri ini. Sentiasa menunaikan kemahuan dan keinginan ku, serta menadah telinga mendengar keluhan hatiku. Sahabat saya masing-masing ada personaliti yang berwarna warni, awal-awal memang tak boleh nak bersatu tapi lama-lama personaliti yang pelbagai ini lah yang melengkapi antara satu sama lain. Dan terasa hati-hati kami memang bertaut dekat antara satu sama lain, I can feel it! Subhanallah maha suci Allah. Satu perkara yang saya suka diorang ni, diorang dah la kelakar, pastu tak suka nak bercerita pasal orang lain, hoho masing-masing sibuk cerita pasal diri sendiri (eh diorang bukan membangga diri, tapi bercerita hal yang berlaku kat diorang, selalunya kami suka dengar cerita hanani, cerita dia best! hehe).

AFIFAH, FARHANA, HANANI, MIELA, FAEZIEN, HASIMA, MALARKODEE, SALTEENIE, NAD, HIDAYAH,  dan SITI

 
Tahun ni kami selalu buat aktiviti sama-sama, kau cakap je apa-apa (terutama potluck) memang semua akan cuba 'fit'kan schedule masing-masing supaya dapatlah buat aktiviti sesama. Aktiviti yang paling kerap dilakukan ialah potluck. Aktiviti ni sebenarnya membuatkan saya stress oke haha,  mana taknyer tiap kali potluck saya hanya diminta buat kek batik, tu jer?? tak mencabar langsung huh! (eceh berlagak, macam lah kau tahu masak benda lain) haha. Banyak sebenarnya aktiviti yang saya suka buat dengan diorang ni, antaranya solat jemaah sama-sama, Tadarus (masing-masing bagi semangat supaya dapat habiskan juzuk sebelum raya), makan-makan, sembang-sembang, dan kutip duit bendahari kelas. eh? hahaha. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 "Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Watak Amir Mukhlis (lakonan Imam muda Nazrul) dalam cerita Warkah Cinta tvalhijrah memang inspired me a lot.  Beliau memang sangat menyantuni (sopan santun) terhadap sahabat-sahabatnya, bahkan terhadap orang-orang sekelilingnya. Hopefully dapatlah saya menjadi sahabat seperti itu. inshaAllah.


Sahabat-sahabatku niatlah dihatimu untuk bersahabat kerana Allah (peringatan untuk diri sendiri jugaks)

Sekian, Assalamualaikum.

3 comments:

Reactions