Wednesday, January 27, 2016

Moving out and Move on please !

Assalamualaikum

Alhamdulillah masa aku dapat transfer dari Bintulu ke Pulau Tuba, aku tak mengalami sebarang kejutan budaya. Sebab lebih kurang 4 orang guru baru yang dapat transfer dari Sabah dan Sarawak masuk SK Pulau Tuba (3 perempuan, seorang lelaki) alhamdulillah syukur mungkin Allah atur macam tu supaya aku takda la rasa left out sensorang (cepat rasa loser kalau sorang2).




Kami yang bertiga ni cepat ja jadi geng, sewa masuk rumah Cikgu Suhaida, then gelarkan rumah kami tu RUMAH GENG CANTIK (kahkahkah), ni semua pengaruh Sue la, dia kata meluat dengan geng kat maktab dia yang gelarkan rumah depa rumah cantik. Kira kami nak tiru la  hahaha




Alhamdulillah genap setahun duduk sama-sama, memang best. Diorang ni jenis sempoi, tak cepat sentap dan sekepala. Tapi kegembiraan tak lama, yang sedihnya sorang-sorang pindah keluar dari rumah tu. Bermula dengan Wana (pindah rumah lain sebab senang family nak datang), Sue transfer ke Sabah ikut suami, and the latest Kak Ija yang dapat transfer balik rumah (sik, kedah). Tinggai la aku sorang kat rumah tu huaaaahuaaaaa (belom rezeki nak dapat transfer lagi). Last2 aku pun nak moving out, sebab rasa tak best duduk sorang-sorang. Maka terkuburlah rumah geng cantik hahaha (Maafkan saya)




Aku ni jenis suka value orang kalau orang tu boleh ngam dengan aku, sebab susah kot orang nak ngam dengan aku, aku pun tak tau kenapa (mungkin perangai aku tak best kot hehe). Jadi nak move on tu ambil masa yang lama sebab aku akan asyik terkenang-kenang moment best bersama. 



from left Asma (lepas ni aku pindah masuk rumah dia), Kak Ija, Wana dan aku 😬

                   dengan Suee (shes pregnant 5 weeks now, alhamdulillah)









No comments:

Post a Comment

Reactions