Salam A’laik
I love to talk! Especially to my girlfriends. Tak kira yang
rapat atau yang kurang rapat. Sebab I fikir kena la jadi friendly untuk
merapatkan lagi ukhwah sedia ada kan, kalau pendiam sangat orang kata sombong
pula, tengokkkk! niat dah tak betul ”takut orang kata, bukannya takut Allah
murka":( Sadisss sungguh. Kadang-kadang rasa macam over pula bila bercakap
banyak sangat ni. Benda yang tak patut cerita dok pergi cerita pula, Ishhh ishhh
ishhh. Kadang-kadang bila banyak sangat cakap, banyak penipuan akan keluar dari
mulut, ataupun dalam tak sedar apabila banyak berbicara makin banyak pula
pujian dilemparkan pada diri. Nauzubillah
Talking-talking. Potpetpotpetpotpetpotpet *Gambar hiasan semata-mata
(Pelakon tambahan: Farhana)
Talking-talking. Potpetpotpetpotpetpotpet. Pastu gelak-gelak
*Gambar hiasan semata-mata (Pelakon tambahan: Farhana)
Manusia ni memang la akan berbicara setiap masa. Untuk butir
bicara yang baik confirm la akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada
manusia. Jika butir bicara tidak mengikut adabnya, manusia itu sendiri akan
merana di dunia dan di akhirat. Bukan apa, nanti kat dunia kita akan dibenci
oleh manusia lain, manakala kat akhirat pulak bicara yang menyakitkan hati
orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah
s.w.t. Tak ker 2 in 1 tu, hah berminat??. Ishhh ishh takpela I tak berminat.
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat,
maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”(Riwayat At-Tarmizi)
Eh eh, I bukan nak suruh korang semua jadi pendiam terus,
tidakkk~ Cumanya banyakkan berbicara perkara yang baik. Contohnya I kan
memang dah dilahirkan dengan mulut yang suka berbicara kan. Memang tiap masa
potpetpotpetpotpet, hehe *Kesian la kat budak2 kelas I yang asyik kena dengar I
potpetpotpet jer =p tapi cumanya nak ditekankan kat sini, banyakkan berbicara
perkara yang baik yang tak membawa kepada perkara sia-sia, pastu tambah lagi
dengan banyakkan mendengar jadilah insan yang suka berfikir serta muhasabah
diri. Tambah-tambah sekarang kan bulan Ramadhan, apa lagi ambil can untuk berubah kepada yang lebih baik okeee:)
Talking-talking *Gambar hiasan semata-mata =)
Kesimpulannya, jika mulut diciptakan berpasangan maka akan bertambahlah maksiat
seseorang itu kerana untuk memelihara mulut yang hanya satu ini sudah banyak DUGAAN
yang akan kita lalui. Insyaallah-may Allah bless us ♥
p/s: Hehe I pun dalam proses nak kawal diri, kawal mulut dan
paling penting kawal hati dan nafsu.♥ Salam Ramadhan day 7
msti yg byk potpet tu u je..farhana msti diam mendengar ,,,,
ReplyDeletehaha confirm :P
ReplyDelete