Wednesday, July 11, 2012

Give up Vs Berusaha

Saalam Alaik

Hari ini seperti biasa mengajar kelas 4 Jabil, I ajar macam mana nak lompat menggunakan tali skipping with one or two leg. For the girls they are so happy, their things maybe? Yang boys pulak muka kekok dengan penuh tanda tanya? Seperti mengharap sebuah jawapan dari cikgunya ni.

"Apakah yang berlaku?" "Mengapa aku masuk dalam kelas ini?" "Macam tak ada benda lain ker nak buat?". Cikgunya seperti dapat membaca persoalan-persoalan gundah gulana yang dilontarkan di dalam hati oleh murid-murid lelaki tersebut. Cikgu pun dengan cool menjawab
"Relex lar, mesti boleh lah lompat, RoxX bebeh!!"

At first I ingat diorang tak nak buat mungkin kerana diorang fikir " Ala, macam leceh je benda ni." " Eeeee, macam perempuan lah." Eh Eh Eh Tercabar? Tidak! Tapi sebenarnya mereka:

 TAKUT

Yess TAKUT.. Sangat tidak sangka. Ada yang half way give up tak nak buat sebab tak dapat buat dengan cara betol. Memang kekok habis wey bila tengok diorang buat. Yang perempuan I biarkan je diorang main dengan tali skipping tu sebab I yakin banyak benda diorang  plan dalam kepala otak nak main dengan tali skipping tu kan, siap sibuk cakap dekat I

Murid P: " Cikgu-cikgu boleh kami main Zero point?"
Cikgu S : " Errrrr Zero point guna tali skipping?? "
Murid P: "Yelahh" 
Cikgu S:  "Errr Oke!"
Murid P: "OOyeeahhhh!"

So I pun memfokuslah pada budak lelaki kan. Yang lelaki I buat ansur maju dahulu sebelum buat games. Tapi ada 2 orang budak lelaki ni  yang awal-awal da surrender. Asyik ulang ayat yang sama

Murid L:"Cikgu susahhhh, saya tak suka permainan ni, saya tak boleh buat" *Sambil buat muka nak nangis
Cikgu S: Ehh mana boleh cepat give up. Awal-awal dah mengalah, cuba tengok budak perempuan tak rasa tercabar ker?
Murid L: " Tak pun"
Cikgu S: .............

Bila bagi main games, siap menagis dekat tepi longkang, yelah sebab buat team dia kalah. I pun pergi pujuk. Kesian kat diorang tak pasal-pasal stress pulak time PJ, Orang nak enjoy-enjoy kan. Tapi yang I suka ada beberapa budak lelaki yang sangat komited. Diorang ni pun tahap lompatan lebih kurang macam dua budak tadi, tapi yang diorang ni tak senang berputus asa. Berusaha mencuba dan terus mencuba sampai diorang boleh buat. Memang salute! Semangat juang tinggi hikhik. Bila last kelas diorang cakap

Murid L: "Cikgu-cikgu, tengok! Saya da boleh melompat dengan tali skipping, tadi saya tak boleh buat, Tengok!!" *Sambil menunjukkan pergerakan itu dihadapan mata cikgu
Cikgu S: "Alhamdulillah hah kan bagus." *bagi senyuman bermakna

Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan kanak-kanak tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut. Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik. 
Bukankah Allah telah menyatakan:

“Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya” (Ar-Rad : 11)


 I pun rasa give up juga bila da start nak buat mural. Tapi later I'm Lovin It bebeh! hehehe

Diet saya malam ni:) Otak yang cerdas dari minda yang sihat. *Tetibe. hakhak=p


Wallahualam :)

No comments:

Post a Comment

Reactions