Thursday, January 30, 2014

Tunaikan hak kanak-kanak please

Assalamualaikum dan Salam A'laik

Busy sebenarnya hari ini, tapi tak tahu kenapa saya boleh  tidur petang tadi -__-  biasalah umur dah makin tua ni tidur kena cukup kan behee

Busy pasal apa la kan, hmmm busy nak menyiapkan lesson plan, BBM, list name etc etc

hmmmmmmm......
Tak tahu kenapa saya rasa sangat sebak dan sedih saat mengisi maklumat murid-murid tahun 6 kelas saya. Sades sebenarnya kerana  terdapat beberapa murid yang datang dari keluarga yang:

1) mak bapa bercerai, jadi anak dijaga oleh datuk dan nenek (datuk yang uzur terpaksa bekerja keras sebagai buruh kasar sebab nak menampung rezeki keluarga) OhmyRab :( sebak
2) bapa lari tinggal mak, jadi mak sorang2 kena besarkan anak-anak (mengapa lari dari tanggungjawab?) sebak lagi
3) Bapa tinggalkan mak, jadi mak (orang iban/non muslim) tinggal bersama-sama seorang lelaki warganegara Indonesia yang beragama ISLAM tanpa ada ikatan perkahwinan. Nauzubillah

Yang paling hiba sekali, sebenarnya saya da boleh kesan beberapa murid yang datang dari keluarga bermasalah ni sejak mula-mula saya masuk kelas nak mengajar tanpa perlu saya melihat borang maklumat peribadi mereka. Personaliti dan perwatakan mereka sangat berbeza. Mereka lebih senyap, tidak aktif dalam p&p, pemalu dan ada sebahagiannya yang mempunyai masalah displin yang agak teruk. Jadi saya selalu membuat persepsi sendiri bahawa kanak-kanak yang datang dari 'broken family' ini memang mempunyai masalah personaliti berbanding kanak-kanak yang datang dari keluarga normal, ini bukan ANDAIAN saya, ini memang apa yang saya PERHATIKAN

Oh tolonglah jangan kata nak cari duit lebih untuk beri kebahagian kepada kanak-kanak dan membolehkan kita lupa tanggungjawab sebenar sebagai ibu bapa semua itu nonsense. Kanak-kanak bukan mata duitan, mereka lebih memerlukan kasih sayang insan yang bergelar ibu bapa okee. Ada sebahagian anak murid saya yang datang dari golongan yang susah oleh kerana ibu bapa berpendapatan rendah, tetapi mereka dilihat sangat bahagia dan mempunyai personaliti riang. (ehem  kadang-kadang terlebih periang dan annoying juga) tapi takpe itu sudah menunjukkan mereka normal dan mendapat kasih sayang kan kan. Undang undang Dunia pun ada menyatakan bahawa kanak kanak berhak mendapat keperluan KASIH SAYANG..

Saya tidak mahu salahkan ibu bapa, tapi ibu bapa kena berhenti dan berfikir sejenak
"anak aku ni dah dapat cukup perhatian ke?" 
"anak-anak dah cukup kasih sayang ke?"

Ibu bapa pleasee jalani hidup yang sihat.. Itu pun jika anda mahukan anak-anak tidak terjebak dalam budaya tidak sihat

          


Wallahualam

No comments:

Post a Comment

Reactions