Wednesday, May 22, 2013

Tabiat Maryam #Niece


Assalamualaikum dan Salam A'laik

Maryam anak saudaraku tercinta mempunyai tabiat yang agak merunsingkan makcik-makcik dan opahnya, hanya mama maryam sahaja yang releks dan cool seperti tiada apa yang berlaku. Kadang kala makciknya bertukar menjadi gorila juga dek kerana tabiat maryam ini hehe. Tabiatnya itu ialah menyelerakkan barang-barang tanpa rasa bersalah, sudah selesai menyelerakkan barang-barang maryam bertindak memarahi sesiapa yang cuba untuk mengemasnya kembali. Jadi keselerakan itu terpaksa dibiarkan untuk tempoh yang lama (haih runsing-runsing) terpaksalah kami kemas apabila dia sudah tidur ataupun ketika dia leka dengan perkara lain pula. 

Maryam oh Maryam

 Oh sila jangan ganggu saya yaaa.. Nanti kenan babap karang

 Busy busy

Bestnya menulis!

Melihat kepada ke'cool'an mama Maryam membuatkan saya tertanya-tanya "Adakah saya pun akan jadi cool seperti itu apabila sudah mempunyai anak?" hehe

Love Shakira 



1 comment:

  1. rindunyeeeee kat yayam... dia dah bole buang air besar ke?

    ReplyDelete

Reactions