Asslamualaikum dan Salam A'laik
Sekarang-sekarang nak makan pun kena berjaga-jaga, kena limit, karbohidrat dan lemak kena cut yela berdasarkan pemerhatian dan penelitian didapati sekarang ni badan saya mudah benar naik dan sukar pulak nak turun berbeza betul jika dibandingkan masa muda belia dahulu (macam la tua sangat haha) tambahan lagi makcik-makcik yang datang dirumah juga menegur, oh agak stress disitu, kata doktor ini mungkin disebabkan kadar metabolisme badan yang rendah oleh kerana kurangnya bersukan dan juga mungkin akibat pengambilan pil yang saya amalkan (yang kesannya akan menaikkan berat badan).
Aduh... gimana ni pak?
Walaupun begitu apa yang berlaku ada hikmahnya, Allah is the best perancang, disebabkan saya sangat malas untuk bersenam (sebab takde kawan) minda saya telah dibuka untuk memulakan kaedah pemakanan yang sihat, sebelum ni memang makan secara sangat tak sihat, lemak adalah bestfriendku. Sekian harap maklum.
Apa kaedah pengambilan makanan sihat yang saya amalkan? Alar senang je korang ikut piramid makanan tu je settle masalah, cumanya saya letak karbohidrat dan lemak di peringkat paling atas, manakala protein dan vitamin adalah base keke. Lepas tu banyakkan rebus-rebusan dan stim memang sangat bagus woweee, semoga dapatlah saya apply apabila berkeluarga nanti kelak Amin.
Marilah kita berdoa semoga saya diberi kekuatan untuk meneruskan amalan ni ya, nafsu saya sering digugat apabila melihat makanan-makanan sedap yang berlemak krim yumyum
Aih aih nak makan pon stress *gambar hiasan
moga si peminat tegar unhealthy food spt kamoo benar2 istiqamah! mihihih
ReplyDelete