Sunday, May 26, 2013

Just upload

Assalamualaikum dan Salam A'laik


Hey you beautiful girl



Maryam #Niece

Konvo #1

Assalamualaikum dan Salam A'laik

 

Selamat Berkonvo kepada semua guru-guru
PISMP Cohort 3


Semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup kita semua  :)

Amin ya rabbal 'alamin 

Wednesday, May 22, 2013

Tabiat Maryam #Niece


Assalamualaikum dan Salam A'laik

Maryam anak saudaraku tercinta mempunyai tabiat yang agak merunsingkan makcik-makcik dan opahnya, hanya mama maryam sahaja yang releks dan cool seperti tiada apa yang berlaku. Kadang kala makciknya bertukar menjadi gorila juga dek kerana tabiat maryam ini hehe. Tabiatnya itu ialah menyelerakkan barang-barang tanpa rasa bersalah, sudah selesai menyelerakkan barang-barang maryam bertindak memarahi sesiapa yang cuba untuk mengemasnya kembali. Jadi keselerakan itu terpaksa dibiarkan untuk tempoh yang lama (haih runsing-runsing) terpaksalah kami kemas apabila dia sudah tidur ataupun ketika dia leka dengan perkara lain pula. 

Maryam oh Maryam

 Oh sila jangan ganggu saya yaaa.. Nanti kenan babap karang

 Busy busy

Bestnya menulis!

Melihat kepada ke'cool'an mama Maryam membuatkan saya tertanya-tanya "Adakah saya pun akan jadi cool seperti itu apabila sudah mempunyai anak?" hehe

Love Shakira 



Monday, May 20, 2013

Perihal makan

Asslamualaikum dan Salam A'laik

Sekarang-sekarang nak makan pun kena berjaga-jaga, kena limit, karbohidrat dan lemak kena cut yela berdasarkan pemerhatian dan penelitian didapati sekarang ni badan saya mudah benar naik dan sukar pulak nak turun  berbeza betul jika dibandingkan masa muda belia dahulu (macam la tua sangat haha) tambahan lagi makcik-makcik yang datang dirumah juga menegur, oh agak stress disitu, kata doktor ini mungkin disebabkan kadar metabolisme badan yang rendah oleh kerana kurangnya bersukan dan juga mungkin akibat pengambilan pil yang saya amalkan (yang kesannya akan menaikkan berat badan). 
Aduh... gimana ni pak?

Walaupun begitu apa yang berlaku ada hikmahnya, Allah is the best perancang, disebabkan saya sangat malas untuk bersenam (sebab takde kawan) minda saya telah dibuka untuk memulakan kaedah pemakanan yang sihat, sebelum ni memang makan secara sangat tak sihat, lemak adalah bestfriendku. Sekian harap maklum.

Apa kaedah pengambilan makanan sihat yang saya amalkan? Alar senang je korang ikut piramid makanan tu je settle masalah, cumanya saya letak karbohidrat dan lemak di peringkat paling atas, manakala protein dan vitamin adalah base keke. Lepas tu banyakkan rebus-rebusan dan stim memang sangat bagus woweee, semoga dapatlah saya apply apabila berkeluarga nanti kelak Amin.

Marilah kita berdoa semoga saya diberi kekuatan untuk meneruskan amalan ni ya, nafsu saya sering digugat apabila melihat makanan-makanan sedap yang berlemak krim yumyum

Aih aih nak makan pon stress *gambar hiasan

Tuesday, May 14, 2013

Islah diri

Assalamualaikum dan Salam A'laik

Sedang asyik bermain-main dengan si Tasnim bersama budak Hafizah di kala hening Maghrib yang menunjukkan jam 7.36 pm, tetiba mama Tasnim datang mencelah lalu berkata-katalah beliau:

Mama Tasnim  : Adik-adikku tahu tak apa perkara yang paling disukai Allah? 
Me                 : ...........??
Budak  Hafizah: Solat di awal waktu!
Mama Tasnim  : ya Allah bagusnya! Lagi apa perkara yang disukai Allah?
Me                 : ...........??
Budak Hafizah: Taat pada ibu bapa!
Mama Tasnim: Bagus! Lepas tu barulah datangnya berjihad, ni ada dalam hadith yang  diriwayatkan oleh nabi
Me                : Ooooooo
Mama Tasnim : Jadi pergilah solat sekaraaaannngggg!!

 Muka marah hehe *ini bukanlah Tasnim, Tasnim lagi comel dari ini keke


Hadith nya lebih kurang begini la

Sabda Nabi SAW;
 
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: 
Saya telah bertanya kepada Nabi SAW: Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah? Baginda menjawab: Sembahyang dalam waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Kemudian berbakti kepada ibubapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Berjihad di jalan Allah. Beliau berkata lagi: Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. [Hadis riwayat Bukhari]

haih haih secara tiba-tiba azam tahun baru yang dilaung-laungkan lalu teriang-iang kembali di benak fikiranku.  

Alamak!