Thursday, February 21, 2013

Siblings Gathering love

Assalamualaikum dan salam A'laik

Isnin lalu saya (ehemmm sudah kembali rajin hohow) ke Kuala Lumpur bersama ayah untuk "menyerang maktab", ingatkan nak balik hari (maksudnya pergi dan balik pada hari yang sama), tetapi tiba-tiba dapat call dari my older sister mintak tolong stay di rumah dia dan jaga si maryam kecik sebab ayah dia outstation.

Jadi atok maryam (merangkap ayah saya) sangatlah gembira dengan perkhabaran itu, tanpa berfikir panjang terus sahaja kami bergerak ke kajang. Selain itu, kakak saya ada juga merasuah kami katanya mahu membelanja kami makan makanan arab, jadi kami menerima dengan hati yang terbuka hewhew, (sungguh tak malu)

Hai saya Maryam yang sudah semakin comelssss dan suka tidur awal, jadi saya sudah tidak menyusahkan mak dan ayah saya untuk berjaga ditengah-tengah malam, ahaks

Pertemuan kali ini sebenarnya memberi sedikit kesan pada hati saya, mungkin kerana sudah lama tak berjumpa? Tapi yang pasti rasa itu hadir kerana saya rinduuu adik beradik saya, rindu untuk berbual dengan mereka, rindu untuk bergelak ketawa dengan mereka. Rindu dan ridnuuuu (harap-harap tak bertepuk sebelah tangan) hehe

Terlupa nak ambil nama restoran ni, tapi yang pasti makanan arab dia memang sangat sedaaaapp berbanding Restoran Alrawsha hehe

Love (Pengantin baru yang tidak bersama suaminya) 


Love


Love Shakira :)

1 comment:

Reactions