Wednesday, February 20, 2013

I miss

Assalamualaikum and Salam A'laik

Aku sekarang sedang bertungkus lumus membuat persediaan menghadapi interview, tapi hari ni aku rasa lain macam,  biasalah aku kan, aku memang aku, baca sikit fakta rasa nak muntah segala rasa semua aku rasa, aku pelik,  adakah aku sedang menghidapi sebarang penyakit yang berbahaya? Ataupun adakah ini simptom-simptom orang yang dah lama tak bukak buku?  Tapi akhirnya aku temui jawapannya iaitu

Aku malas
 
Jadi sebagai inisiatif aku untuk membuang rasa malas itu marilah kita berblog sekejap, mana tahu setelah habis berblog Allah titipkan rasa rajin pada aku.. hewhew.. Amin amin 

Tapi disebabkan aku malas jadi hari ni (nak mintak izin) biarlah aku menggunakan kata ganti nama 'aku' ya, biasalah orang malas nak bercakap dengan diri sendiri.. ahaks 

Oke kali ni aku nak bercerita pasal the haunted class.

 4 Hazim

Awal-awal dulu kelas ni memang aku anti, sebabnya selalu buat aku sakit kepala pastu sakit hati. Allah sahaja yang tahu bertapa susahnyaaaaaaaaa nak kawal mereka-mereka ini. Tapi hari berganti hari minggu berganti minggu bulan berganti bulan, I get used to it! Perlahan-lahan aku dapat berbaik dengan diorang, dapat ambil hati diorang, yela aku praktikkan apa yang aku dapat daripada talk "mendidik anak corot cara Rasulullah" by geng-geng usrah QUT (thanks y'alls!) dan aku rasa berkesan Alhamdulillah (Nanti aku share pasal method-method mendidik cara Rasulullah, nota dah hilang jadi orang malas seperti aku perlu mencari) hehe

Tapi in the end aku rasa sebenarnya diorang ni mana ada berhantu, diorang sangat comelsss dan innocent okeee. Kesian juga diorang sebab boleh dikatakan hampir semua guru-guru kurang berkenan dengan diorang, tengok aje nak marah, kesian. (Tak payah kata orang kau pom macam tu jugak dulu) aishh.. Aku cuba berkasih sayang dengan diorang walaupun tak lama aku kat situ,

And now I miss them... :)

Cikgu rindu

Ha bukan main lagi bila nampak kamera.. Haha 






Oh yang ini namanya Amir Khan, ketika sesi fotografi ini beliau kelihatan seperti seorang yang sangat pemalu, tetapi padahal beliaulah raja segala raja di dalam kelas itu. Haa jenuh juga nak kawal beliau ni, memang tak keruan hidup. Btw time ni dia kena marah dengan guru displin tu yang diam je, sedang bermuhasabah agaknye..  jadi anak yang soleh yer Amir, Cikgu Rinduuu :)


Love Shakira :)

No comments:

Post a Comment

Reactions