Tuesday, February 28, 2012

4H

Salam A'laik

Cikgu S berjalan menuju ke kelas 4H. Sedikit berdebar, begitulah yang dirasakan, memandangkan kelas pertama dalam jadual praktikum kali ini.
Keriuhan jelas kedengaran dari luar kelas 4H. 
Guru S melangkah masuk dengan berani...
بسم الله
"Dengan nama Allah" 

Guru S mengamati seorang-seorang murid kelas 4H, kelas terakhir dalam senarai kelas tahun 4. MashaAllah sukar benar dikawal, keriuhan yang tiada tolak bandingnya, Guru S cuba bersabar, teringat janji pada diri yang tidak mahu marah pada anak-anak kecil ini. Guru S menarik nafas panjang, tercari-cari soalan apa yang harus ditanya kepada mereka setelah menetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi murid-murid

"Hmmm dekat rumah solat tak?"
"Solat!!! Tapi kadang-kadang je" seorang murid menjawab
"Saya tahu solat tapi saya malas nak solat!" Laung seorang murid
"Saya pulak tak tahu nak solat! Solat tu macam mana? Hahahaha", seorang lagi menjawab sambil ketawa dengan penuh bangga

Guru S senyap, tersentap sebenarnya dengan jawapan anak muridnya itu,
"MashaAllah bangganya tak tahu solat", Guru S menjawap perlahan

Senyap, dalam kepala ligat berfikir,
"Bagaimana perlu aku kaitkan Islam dalam pengajaran ini, pengajaran Pendidikan Jasmani, bagaimana?" Buntu...
Ketika hanyut dalam persoalan sendiri, Guru S terlihat kelibat beberapa guru menjengah ke kelas ini, mungkin dek kerana kebisingan yang melampau batas murid-murid ini, dan akhirnya Guru S meninggi suara

"Diaaaaammmmmm!!! awak ni tak reti nak diam kerrr, kan saya dah tetapkan peraturan, kalau saya bercakap jangan sibuk-sibuk nak cakap, Tak reti bahasa ker!!!"
Senyap. 

Terlerai janji yang tersemat di dada. Sesak! Itulah yang boleh  gambarkan perasaan Guru S ketika itu, kecewa kerana tidak kuat untuk mempertahankan janjinya sendiri
Guru S menunduk kepala, kecewa dengan prestasi diri dan kelas pada hari ini.

"Aku mahu menjadi idola untuk murid-murid ku", bukan bermakna ingin menyaingi Baginda Rasulullah, jauh sekali, siapalah aku?
Cumanya aku mahu mereka mengutamakan Islam dalam semua aspek, seperti mana yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah

Sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan Allah, mengharapkan (ganjaran) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati Allah
(Surah al Ahzab : 21)

Saya mahu menakluk hati mereka :) InshaAllah!




No comments:

Post a Comment

Reactions