Saturday, September 3, 2016

Best husband ever

Assalamualaikum

Isteri : "Abang stress nya kenapa tak jadi macam apa yang doktor jangka? Badan ayang memang tak boleh nak predict apa akan berlaku, kenapalah dengan ayang ni bang?"


Suami: *senyum penuh makna* "Ayang ni insan yang istimewa Allah ciptakan, takda orang lain macam ayang"



Aku yang serabut tadi dengan perasaan gundah gulana tiba-tiba datang satu perasaan halus yang menyenangkan


Terima kasih abang...




Saturday, August 6, 2016

Hello there!

Assalamualaikum

Selepas banyak benda yang berlaku akhir-akhir ni aku terpanggil untuk menulis kembali blog yang sekian lama aku tinggalkan. Alhamdulillah Allah maha pengasih lagi maha penyayang aku sihat dengan rahmat ketentuanNya

Kalau korang ternanti-nanti aku nak update pasal apa untuk entry yang ni, lupakan je sebab untuk entry kali ni aku nak bagitau yang aku da start enjin perlahan-lahan nak menulis jaa hehhehe. Jangan marah na, saja nak buat introduction. Terima kasih kerana masih setia membaca blog ini. Hopefully untuk penulisan lain kali akan dapat memberi manfaat untuk semua. Aminn


Wednesday, January 27, 2016

Moving out and Move on please !

Assalamualaikum

Alhamdulillah masa aku dapat transfer dari Bintulu ke Pulau Tuba, aku tak mengalami sebarang kejutan budaya. Sebab lebih kurang 4 orang guru baru yang dapat transfer dari Sabah dan Sarawak masuk SK Pulau Tuba (3 perempuan, seorang lelaki) alhamdulillah syukur mungkin Allah atur macam tu supaya aku takda la rasa left out sensorang (cepat rasa loser kalau sorang2).




Kami yang bertiga ni cepat ja jadi geng, sewa masuk rumah Cikgu Suhaida, then gelarkan rumah kami tu RUMAH GENG CANTIK (kahkahkah), ni semua pengaruh Sue la, dia kata meluat dengan geng kat maktab dia yang gelarkan rumah depa rumah cantik. Kira kami nak tiru la  hahaha




Alhamdulillah genap setahun duduk sama-sama, memang best. Diorang ni jenis sempoi, tak cepat sentap dan sekepala. Tapi kegembiraan tak lama, yang sedihnya sorang-sorang pindah keluar dari rumah tu. Bermula dengan Wana (pindah rumah lain sebab senang family nak datang), Sue transfer ke Sabah ikut suami, and the latest Kak Ija yang dapat transfer balik rumah (sik, kedah). Tinggai la aku sorang kat rumah tu huaaaahuaaaaa (belom rezeki nak dapat transfer lagi). Last2 aku pun nak moving out, sebab rasa tak best duduk sorang-sorang. Maka terkuburlah rumah geng cantik hahaha (Maafkan saya)




Aku ni jenis suka value orang kalau orang tu boleh ngam dengan aku, sebab susah kot orang nak ngam dengan aku, aku pun tak tau kenapa (mungkin perangai aku tak best kot hehe). Jadi nak move on tu ambil masa yang lama sebab aku akan asyik terkenang-kenang moment best bersama. 



from left Asma (lepas ni aku pindah masuk rumah dia), Kak Ija, Wana dan aku 😬

                   dengan Suee (shes pregnant 5 weeks now, alhamdulillah)









Monday, January 25, 2016

Officialy 27

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Alhamdulillah aku sihat di kepulauan ini, aku bersyukur pada Allah atas kurniaan kesihatan yang berpanjangan kepadaku dan kasih sayang yang tak pernah surut dari orang sekeliling aku. Alhamdulillah thumma alhamdulillah, Allah maha besar, maha penyanyang

18 Januari 2016 genap sudah umur aku 27 tahun, terima kasih atas segala ucapan dan doa yang dititipkan oleh anda semua, hanya Allah yang dapat membalasnya. Rasa tinggal berapa tahun je lagi aku nak masuk 30 series, semoga Allah mendengar dan memakbulkan segala doa aku sebelum aku masuk 30 an. Amin ya Rabb.

Time birthday aku ada di Pulau Tuba, jadi takda la celebrate apa pun, cuma yang kelakarnya suami aku boleh lupa hari jadi aku, punya la aku merajuk dengan dia, hantar gambar kita muncung pun dia tak faham lagi hahahah. Tapi petang tu dia da ingat da, dia pun call dan wish aku thru whassap, tapi satu pun aku tak reply, terasa punya pasal, tapi bila fikir balik ya Allah teruknya perangai! Berdosa sebab selalu buat suami kecik hati dengan aku. Lagipun suami aku sibuk dengan kerja, as a wife aku seharusnya lebih berlapang dada dan aku harus sedar ak pun dah makin tua, ucapan birthday bukan lagi keutamaan huhu. Ampun abang, i love you.




Satu ja yang aku ingat semakin bertambah usia semakin dekat kita dengan kematian, sudah bersediakah aku?