Monday, September 7, 2015

Bukan semua orang suka kat kamu! Ingat sikit!

Asslamualaikum

Cikgu A: Kamu ni nak datang kelas tambahan malam ke tak??? Kenapa buat perangai tak masuk
              kelas ni??
B.         :Saya tak mau masuk kelas Sains ja 
CikguA: Kenapa pulak?
B         :sebab saya tak suka Cikgu Shakira

Well thats hurt, walaupun B tak cakap directly to muka aku🙄🙄, 

dalam beberapa hari aku banyak pikir kenapa B jadi macam tu padahal tahun lepas dia antara murid kesayangan aku (pandai), dari semua budak lelaki kelas dia, B sorang ja bagi hadiah kat aku masa hari guru (masa nak bagi malu2 kucing) hahaha, tapi bila da masuk tahun 6 perangai da makin berubah makin ego.. 

Aku bila nak masuk kelas tahun 6 jadi tak best sebab dia buat perangai tak buat kerja, tak hormataku kat depan dan paling tak best dia mempengaruhi kawan2 dia untuk tak buat jugak kerja,bersembang macam aku takde dalam kelas.. 

Aku jadi sedih aku nak bantu depa ni capai cita cita depa, keluar dari pulau ni timba ilmu tinggi2 balik pulau tuba boleh la jadi doktor ka apa ka..I shall not give up! Ya Allah beri lah aku kekuatan dan kesabaran dalam mendidikan anak-anak ku ini 😞

Tuesday, August 4, 2015

Mystery island : Tuba Island

Assalamualaikum

Lama aku tak update blog, malas betoi huhu, lagi satu aku tertanya-tanya ada ke lagi orang nak baca blog kan sebab aku sekarang da malas nak baca blog hehe. Tapi sebab aku nak membebel aku nak update jugak la

Alhamdulillah all praise is to Allah, sekarang aku tak mengajar di Bintulu da, aku telah ditukarkan ke Langkawi tapi bukan la kat Kuah, ke Pulau Tuba, which means lepas naik feri kena naik bot tambang Rm 5 untuk ke Pulau tu, at first rase ngeri kot, yela bila aku tanya myhubs Pulau Tuba kat mana dia boleh terdiam dan mengeluh menyebabkan aku terus fikir bukan-bukan



Tapi alhamdulillah after a month kat sini aku rasa oke dan best je.. antara sebab yang aku rasa best

1) Murid tak ramai

so aku bole fokus lebih sikit dekat murid yang bermasalah. oh btw bukan la tiga orang ja satu kelas macam dalam gambar, ramai le jugak dalam 22 - 28 orang, tapi atleast senang sikit terkawal


2) Syurga makanan laut


Kat sini bahan mentah semua fresh dan besar2, tak sempat masuk peti ais pun orang da masak bagi ko makan, kat kantin sekolah memang best la sebab harga sangat murah, bayang kan sekor sotong besar tu harga dalam RM1.30 satu. 😱😱😱😱 memang kejutan budaya mula2 hahaha



3) Orang kampung baik hati

 suka sedekah hasil laut alhamdulillah terima kasih no 




4) Hubungan Ibu bapa dan guru memang baik

ibu bapa sangat ringan tulang bantu cikgu, maka terhasil lah kelas yang cantik dan ceria


5) housemate sempoi gile

Alhamdulillah diorang ni jenis tak berkira pastu teror masak plak tu (yang tu yang penting) haha



6) Yang paling utama sekali 

alhamdulillah sekarang bole jumpa hubs tiap minggu berbanding dulu Alhamdulillah alhamdulillah


Yang dapat tukar perdalaman tu jangan negatif sangat, sebenarnya banyak lagi benda positif yang ada kat tempat yang anda tak suka tu, tepuk dada tanya hati la k.. hehe