Sunday, February 24, 2013

Finally : Family potrait!

Assalamualaikum dan salam A'laik

Akhirnya ada juga gambar yang dapat mengumpulkan kesemua ahli keluarga saya hoho, keluarga RAHA sangat mengalu-alukan penambahan 2 orang baru dalam family (welcome kakak ipar, welcome abang ipar) Dan akhir tahun ni pon tambah lagi seorang lagi eh?  inshaAllah hehe. 

Jangan salah sangka seorang lagi tu disini adalah anak saudara baru dalam perut yong laaa (Sila husnuzon :P)


Thursday, February 21, 2013

Siblings Gathering love

Assalamualaikum dan salam A'laik

Isnin lalu saya (ehemmm sudah kembali rajin hohow) ke Kuala Lumpur bersama ayah untuk "menyerang maktab", ingatkan nak balik hari (maksudnya pergi dan balik pada hari yang sama), tetapi tiba-tiba dapat call dari my older sister mintak tolong stay di rumah dia dan jaga si maryam kecik sebab ayah dia outstation.

Jadi atok maryam (merangkap ayah saya) sangatlah gembira dengan perkhabaran itu, tanpa berfikir panjang terus sahaja kami bergerak ke kajang. Selain itu, kakak saya ada juga merasuah kami katanya mahu membelanja kami makan makanan arab, jadi kami menerima dengan hati yang terbuka hewhew, (sungguh tak malu)

Hai saya Maryam yang sudah semakin comelssss dan suka tidur awal, jadi saya sudah tidak menyusahkan mak dan ayah saya untuk berjaga ditengah-tengah malam, ahaks

Pertemuan kali ini sebenarnya memberi sedikit kesan pada hati saya, mungkin kerana sudah lama tak berjumpa? Tapi yang pasti rasa itu hadir kerana saya rinduuu adik beradik saya, rindu untuk berbual dengan mereka, rindu untuk bergelak ketawa dengan mereka. Rindu dan ridnuuuu (harap-harap tak bertepuk sebelah tangan) hehe

Terlupa nak ambil nama restoran ni, tapi yang pasti makanan arab dia memang sangat sedaaaapp berbanding Restoran Alrawsha hehe

Love (Pengantin baru yang tidak bersama suaminya) 


Love


Love Shakira :)

Wednesday, February 20, 2013

I miss

Assalamualaikum and Salam A'laik

Aku sekarang sedang bertungkus lumus membuat persediaan menghadapi interview, tapi hari ni aku rasa lain macam,  biasalah aku kan, aku memang aku, baca sikit fakta rasa nak muntah segala rasa semua aku rasa, aku pelik,  adakah aku sedang menghidapi sebarang penyakit yang berbahaya? Ataupun adakah ini simptom-simptom orang yang dah lama tak bukak buku?  Tapi akhirnya aku temui jawapannya iaitu

Aku malas
 
Jadi sebagai inisiatif aku untuk membuang rasa malas itu marilah kita berblog sekejap, mana tahu setelah habis berblog Allah titipkan rasa rajin pada aku.. hewhew.. Amin amin 

Tapi disebabkan aku malas jadi hari ni (nak mintak izin) biarlah aku menggunakan kata ganti nama 'aku' ya, biasalah orang malas nak bercakap dengan diri sendiri.. ahaks 

Oke kali ni aku nak bercerita pasal the haunted class.

 4 Hazim

Awal-awal dulu kelas ni memang aku anti, sebabnya selalu buat aku sakit kepala pastu sakit hati. Allah sahaja yang tahu bertapa susahnyaaaaaaaaa nak kawal mereka-mereka ini. Tapi hari berganti hari minggu berganti minggu bulan berganti bulan, I get used to it! Perlahan-lahan aku dapat berbaik dengan diorang, dapat ambil hati diorang, yela aku praktikkan apa yang aku dapat daripada talk "mendidik anak corot cara Rasulullah" by geng-geng usrah QUT (thanks y'alls!) dan aku rasa berkesan Alhamdulillah (Nanti aku share pasal method-method mendidik cara Rasulullah, nota dah hilang jadi orang malas seperti aku perlu mencari) hehe

Tapi in the end aku rasa sebenarnya diorang ni mana ada berhantu, diorang sangat comelsss dan innocent okeee. Kesian juga diorang sebab boleh dikatakan hampir semua guru-guru kurang berkenan dengan diorang, tengok aje nak marah, kesian. (Tak payah kata orang kau pom macam tu jugak dulu) aishh.. Aku cuba berkasih sayang dengan diorang walaupun tak lama aku kat situ,

And now I miss them... :)

Cikgu rindu

Ha bukan main lagi bila nampak kamera.. Haha 






Oh yang ini namanya Amir Khan, ketika sesi fotografi ini beliau kelihatan seperti seorang yang sangat pemalu, tetapi padahal beliaulah raja segala raja di dalam kelas itu. Haa jenuh juga nak kawal beliau ni, memang tak keruan hidup. Btw time ni dia kena marah dengan guru displin tu yang diam je, sedang bermuhasabah agaknye..  jadi anak yang soleh yer Amir, Cikgu Rinduuu :)


Love Shakira :)

Saturday, February 16, 2013

Long time no see: GiatMara in memory


Assalamualaikum dan Salam A'laik

Im sorry to my dear readers out there (perasan ramai follower, hehe)  lama sudah saya menyepikan diri kan. Kali ni betul-betul takda masa nak update ye, bukan sengaja malas update (terimalah alasan ini, ahaks).

I have been thru a hectic month, iaitu bulan Januari 2013 yang lalu, yess awal-awal tahun lagi dah sibuk padahal posting pun tak dapat lagi kan, I rasa y'all mesti dah tahu yang I daftar masuk GiatMara Pasir Salak awal tahun lalu, mula-mula niat memang nak belajar menjahit sebab nak isi masa lapang, tambah lgi konon-konon berangan nak buat baju sendiri yelar baju kat pasaran banyak yang tak menepati citarasa I (ecewah), tapi masalahnya GiatMara tu a bit far from my house, so I decided to stayed at my grandma's house yang memang naik motor 5 minit pon dah sampai, so bermulalah rutin I sebagai seorang pelatih GiatMara untuk weekdays, Tapi disebabkan in the same time my family  sibuk dengan persediaan majlis perkahwinan abang dan kembarku, so weekend je I kena balik sebab nak kena kemas rumah. So mano den ado masa nak update mengupdate ni kang tak pasal ladtop ni kena buang ke laut eh.. hehe (percaya kan percaya kan?)

I ingat belajar menjahit ni senang jer, rupanya susah juga ya, tak tahu la kenapa rasa susah sangat mungkin sebab cikgu bagi banyak sangat latihan yang melibatkan jahitan mesin dan tangan sampai mata I pun da jadi juling tengok benang dan jarum tu, balik je rumah tidur punya la awal kan sebab penat, so memang takde la masa I nak bukak buku untuk persediaan temuduga nanti.

Welcome to my class. hehe

Ni mesin I, setiap sorang dapat satu mesin, dan tak dibenarkan orang lain guna mesin kita sebab kalau rosak kena ganti balik

Siap ada nama lagi kat mesin, ahaks :P


Ada ke patut suruh jahit atas kertas, dah tu banyak pulak dengan pelbagai bentuk lagi..ish ish. Mula-mula hambik hole besar aku bagi koyak sana sini, tapi last-last rasa eh kacang hijau je kan.. hehe (maaflah ayat berlagak)

Ini rakan duduk sebelah saya, She's 16 years old.!! . Muda kan bila tanya kenapa berhenti sekolah, dia jawab "hati saya dah takde kat sekolah, dan saya suka jahit!"...

Classmate

Classmate


Tapi  habis je kenduri adik beradik I hari tu, I terus buat keputusan nak berhenti GiatMara, banyak laa sebab musabab yang menyebabkan I kena berhenti, dan sebab terbesar adalah nak prepare untuk interview. Sedih memang sedih yela mana taknya I tak sempat pun nak belajar jahit apa-apa, rasanya sempat buat beg dan jahitan tangan saje sobss. Takpela I percaya perancangan Allah mesti ada reason kan, Allah knows better.. smile :)

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” 
surah al-Imran ayat 54



pengalaman yang tak akan dilupakan
 Terima Kasih Allah