Sunday, December 16, 2012

We are best friends! (part 1)

Salam A'laik

Alhamdulillah emosi dah stabil sikit sekarang (before ni bercelaru sikit,  biasalah aktiviti tanam anggur berleluasa di rumah, haruslah) Syukur pada Allah..Sesungguhnya apabila kita mula dekat pada Allah walaupun hanya satu langkah (kira usaha ibadah yang seciput lah. hehe), seribu langkah Allah dekat pada kita (blessing blessing!). Dan semestinya tingkah laku dan persepsi kita pada manusia pun akan berubah in sha Allah yuhuu! So today, dengan berbesar hati I pun nak sambung cerita tentang teaser I yang dah berkurun dekat post bawah ni. Sorry yer uolls, iolls buat uolls ternanti-nanti pulak. hewhew (gelaks gediks)

Entry yang ni I memang nak bercerita tentang my girlfriends di Maktab, Are you ready?????


Here we go :)

At first ktorang memang bukanlah satu geng ("geng popia"). Well korang tahu tak geng I? What!? Tak tahu!? Takpe-takpe meh I cerita sikit. My geng named "Geng popia", faymes amous ni haha (faymes dalam kelas G8.8 sahaja) Mana taknya kelas I ada 12 orang perempuan, dah tu semua orang pulak masuk geng popia so memang sangat faymes la kat kelas (sebab takde geng lain) haha boleh tak. Sebab nama geng ni popia? Sebab most of the ahli (5 orang je, yang lain tak berminat) menggunakan nama popia di awalan nama kami di laman sosial facebook, ada Popia Goreng, Popia Rangup, Popia Sambal dan Popia Hangus (yang lain lebih suka guna nama sendiri, tak kelas uolls guna nama makanan, hehe). I punya nama  Popia Kering. Mulanya susah jugak, yelah semua orang kat facebook dah konfius, ada yang nak tegur Popia Kering tapi tertegur Popia Rangup dan juga sebaliknya. Tapi lama-lama weolls get used to it, dan nampaknya semua orang pun boleh kenal yang mana satu popia, yelah masing-masing mempunyai personaliti dan gaya penulisan yang berbeza kan. :-)
PopiaRangupPopiaGorengPopiaKeringPopiaSambalPopiaHangus

Oh sambung tadi, yang at first kami bukanlah satu geng. Biasa la masa tu zaman muda (darah panas, ecewah) masing-masing baru nak mengenali antara satu sama lain (masing-masing nak kawan dengan orang yang sekepala je, sebagai contoh: I suka Malarkodee, so I kawan dengan dia sorang jelah, haha)  Dan semestinya masalah memang tak pernah lari dari kami, pernah je ahli-ahli kami bergaduh besar sampai tak bertegur, benci-benci, umpat-mengumpat bla bla dan bla bla. Tapi syukur Alhamdulillah  I rasa perkara-perkara inilah yang menjadi panduan untuk kami mengenali antara satu sama lain. Satu yang I perasan tentang kami bila dah menginjak usia (dah tua), masing-masing dah matang and I can see everyone is open up their hearts.

"Subhanallah maha suci Allah, Engkau lah yang melembutkan dan mengisi rasa kasih sayang di antara kami"



 Saya suka Malarkodee! Tapi saya sangat sedih kerana sehingga hari ini masih gagal untuk mengislamkan beliau. Ya Allah bukakanlah hatinya untuk menerima Islam. Amin :(

Diriwayatkan oleh Abu Zar RA:
"Nabi SAW telah bersabda kepadaku, "Janganlah kamu memperkecilkan kebaikan sedikitpun, sekalipun engkau menemui saudara  engkau dengan wajah yang berseri-seri."

Final year (2012) menyaksikan (kemain ayat kau hehe) semua orang (girls) dalam kelas willing untuk masuk dalam geng popia (maksudnya bersedia untuk join segala aktiviti secara bersama-sama). Geng popia ni ada dua sub group (sub gorup giteww), iaitu geng rendah dengan geng tinggi. Like seriously, sepanjang I belajar, kat maktab la yang I rasa tak malu sebab tinggi dan besar. hewhew. Dulu masa sekolah rendah dan sekolah menengah I selalu melalui situasi-situasi yang kurang menyenangkan bila tak pakai baju sekolah. Contoh situasi:

Dulu kala masa sekolah rendah boleh orang kata:
Orang: "Eh awak ni form 4 ke?"
Me: "Eh, saya baru darjah 4"

Masuk sekolah menengah form 1, boleh orang kata:
Orang: "Eh bila nak kahwin?".
 Me: " ................."


Haaaa carilah I yang mana satu. Confirm tak silap punyer. haha (5 Ibn-Khaldun). Time ni tah-tah orang kata: "Anak dah berapa?"


Then bila masuk maktab. I sedikit terkejut campur excited, sebab hampir semua classmate tinggi-tinggi. So takdelah I nampak tua kan. hehe


 Weolls sama tinggi giteww. hehe
TO BE CONTINUE :)

No comments:

Post a Comment

Reactions