Monday, December 31, 2012

Happy New Year everyone!

Assalamualaikum and Salam A'laik

I quite sure semua orang akan memasang azam baru apabila bermulanya tahun baru  nak nak tahun 2013 ni kan. I pun tak terlepas jugaks. hehe

Azam saya tahun ni
1) Nak solat di awal waktu
2) Nak sabar bila kena marah


Eeh sikitnye? Tak payah la banyak sangat yang dua ni pun boleh tahan jugak cabarannya, dengan nak lawan nafsu syaitan lagi.. sungguuuuhh mencabar!. InshaAllah pelan-pelan . Amin amin!

Have a bless New Year everyone!




 Subhanallah kenapalah kau cantik sangat ni wahai pokok.. Allah yang cipta mestilah cantik! mabless!
Eh ada kena mengena dengan New Year ker? hehe nak bagitahu bahagia duduk kampung :)


Love Shakira

Thursday, December 20, 2012

Suggestion Drama: Warkah Cinta

 Assalamualaikum dan Salam A'laik

Baru saja habis menonton cerita ni, dan selasa lalu adalah tayangan episod yang akhir. Dengar khabar ranting untuk drama ni tinggi juga di tvalhijrah. Pertama sekali saya rasa impress sebab ada jugak cerita-cerita begini yang mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat. Alhamdulillah :)

Nak tengok tekan je link disini. Kat Youtube semua episode ada.

Saya tak pasti sama ada adakah kerana barisan pelakon yang berjaya menarik perhatian ramai ataupun jalan ceritanya yang berkesan? Walau apapun bagi saya kedua-duanya memainkan peranan penting, kalau cerita hebat tapi pelakon tak boleh berlakon tak jadi jugak kan, ataupun kalau pelakon dah beriya berlakon tapi jalan cerita pun tah apa-apa (takde message) tu pun akan ada orang kritik, hehe biasalah manusia memang tak pernah puas. Tapi cerita ni dua-dua ada, jalan cerita best ada message dan pelakon pun best. Memang suggest untuk korang semua tengok.

 Barisan pelakon, hah yang tengok kamera tu pelakon utama, tak tengok kamera pelakon sampingan haha

Harap-harap lepas ni ada cerita dakwah yang pelbagai dan tidak hanya tertumpu kepada cerita cinta sahaja

p/s: Pandai pulak si Heliza Hilmi berlakon, dulu macam kaku jer. Seronok tengok dia. Comel dan sempoi ~

Wednesday, December 19, 2012

Tahniah


Assalamualaikum

SMKA Sultan Azlan Shah

Dengar cerita 57 orang dapat 9A dan 30 orang dapat 8A. Oke la tuh. Alhamdulillah tumpang gembira :) 

Sumber gambar: Cikgu Sirajudin

Hmmmm. Rindunya zaman sekolah dan pastinya rindunya zaman BELAJAR.

Tuesday, December 18, 2012

We are best friends! (The End)

Salam A'laik




Each day I am thankful for nights that turned into mornings and friends that turned into family. Alhamdulillah

Entry kali ni mari kita menggunakan bahasa melayu sepenuhnya, menukar kata ganti nama I kepada saya, hehe bukan apa sesekali memartabatkan bahasa melayu tak salah kan. Kata nak jadi penulis kenalah berusaha. inshaAllah!

Sambungan:  
Bukanlah saya nak cakap semua tinggi-tinggi, tapi ada je yang Allah ciptakan sahabat saya yang kecil dan comel, tapi tak ramai ada la dalam 3-4 orang dalam kelas tu dan selebihnya tinggi-tinggi. So bila keluar jejalan takde la orang peliks sangat 'kenapa la aku ni tinggi sangat dari kawan aku kan'.

 Yang tinggi dulu

 Yang kecil kemudian. Hoho. Miela tak puas hati kenapa dia masuk kumpulan ni. :p

Tapi sahabatku jangan la kita rasa rendah diri dengan apa yang telah Allah ciptakan untuk kita, apa yang Allah dah cipta tu memang dah cukup cantik, masing-masing ada lebih dan ada kurang. Takde siapa kat dunia ni yang sempurna, kau tinggi ke kau rendah ke Allah tak tengok pun yang dia tengok hati dan amalan kita. Astaghfirullah hal Azim. Taubat dah~ Dulu kecik-kecik pemikiran tak matang asyik salahkan takdir je kenapa aku tinggi (yolah hari-hari orang ejek KLCC, Stress la) hehe


Alhamdulillah terima kasih Allah!

Saya tak pasti sama ada diri ini telah menjadi sahabat terbaik buat sahabat-sahabat saya (geng popia) Adakah saya telah menunaikan hak-hak mereka?? Hmmm rasanya tidak, banyak hak mereka saya tak tunaikan dan yang buruknnya saya selalu pentingkan keperluan diri dari keperluan mereka, semoga Allah ampunkan dosaku :( Yang saya pasti mereka telah menjadi sahabat terbaik buat diri ini. Sentiasa menunaikan kemahuan dan keinginan ku, serta menadah telinga mendengar keluhan hatiku. Sahabat saya masing-masing ada personaliti yang berwarna warni, awal-awal memang tak boleh nak bersatu tapi lama-lama personaliti yang pelbagai ini lah yang melengkapi antara satu sama lain. Dan terasa hati-hati kami memang bertaut dekat antara satu sama lain, I can feel it! Subhanallah maha suci Allah. Satu perkara yang saya suka diorang ni, diorang dah la kelakar, pastu tak suka nak bercerita pasal orang lain, hoho masing-masing sibuk cerita pasal diri sendiri (eh diorang bukan membangga diri, tapi bercerita hal yang berlaku kat diorang, selalunya kami suka dengar cerita hanani, cerita dia best! hehe).

AFIFAH, FARHANA, HANANI, MIELA, FAEZIEN, HASIMA, MALARKODEE, SALTEENIE, NAD, HIDAYAH,  dan SITI

 
Tahun ni kami selalu buat aktiviti sama-sama, kau cakap je apa-apa (terutama potluck) memang semua akan cuba 'fit'kan schedule masing-masing supaya dapatlah buat aktiviti sesama. Aktiviti yang paling kerap dilakukan ialah potluck. Aktiviti ni sebenarnya membuatkan saya stress oke haha,  mana taknyer tiap kali potluck saya hanya diminta buat kek batik, tu jer?? tak mencabar langsung huh! (eceh berlagak, macam lah kau tahu masak benda lain) haha. Banyak sebenarnya aktiviti yang saya suka buat dengan diorang ni, antaranya solat jemaah sama-sama, Tadarus (masing-masing bagi semangat supaya dapat habiskan juzuk sebelum raya), makan-makan, sembang-sembang, dan kutip duit bendahari kelas. eh? hahaha. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
 "Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Watak Amir Mukhlis (lakonan Imam muda Nazrul) dalam cerita Warkah Cinta tvalhijrah memang inspired me a lot.  Beliau memang sangat menyantuni (sopan santun) terhadap sahabat-sahabatnya, bahkan terhadap orang-orang sekelilingnya. Hopefully dapatlah saya menjadi sahabat seperti itu. inshaAllah.


Sahabat-sahabatku niatlah dihatimu untuk bersahabat kerana Allah (peringatan untuk diri sendiri jugaks)

Sekian, Assalamualaikum.

Sunday, December 16, 2012

We are best friends! (part 1)

Salam A'laik

Alhamdulillah emosi dah stabil sikit sekarang (before ni bercelaru sikit,  biasalah aktiviti tanam anggur berleluasa di rumah, haruslah) Syukur pada Allah..Sesungguhnya apabila kita mula dekat pada Allah walaupun hanya satu langkah (kira usaha ibadah yang seciput lah. hehe), seribu langkah Allah dekat pada kita (blessing blessing!). Dan semestinya tingkah laku dan persepsi kita pada manusia pun akan berubah in sha Allah yuhuu! So today, dengan berbesar hati I pun nak sambung cerita tentang teaser I yang dah berkurun dekat post bawah ni. Sorry yer uolls, iolls buat uolls ternanti-nanti pulak. hewhew (gelaks gediks)

Entry yang ni I memang nak bercerita tentang my girlfriends di Maktab, Are you ready?????


Here we go :)

At first ktorang memang bukanlah satu geng ("geng popia"). Well korang tahu tak geng I? What!? Tak tahu!? Takpe-takpe meh I cerita sikit. My geng named "Geng popia", faymes amous ni haha (faymes dalam kelas G8.8 sahaja) Mana taknya kelas I ada 12 orang perempuan, dah tu semua orang pulak masuk geng popia so memang sangat faymes la kat kelas (sebab takde geng lain) haha boleh tak. Sebab nama geng ni popia? Sebab most of the ahli (5 orang je, yang lain tak berminat) menggunakan nama popia di awalan nama kami di laman sosial facebook, ada Popia Goreng, Popia Rangup, Popia Sambal dan Popia Hangus (yang lain lebih suka guna nama sendiri, tak kelas uolls guna nama makanan, hehe). I punya nama  Popia Kering. Mulanya susah jugak, yelah semua orang kat facebook dah konfius, ada yang nak tegur Popia Kering tapi tertegur Popia Rangup dan juga sebaliknya. Tapi lama-lama weolls get used to it, dan nampaknya semua orang pun boleh kenal yang mana satu popia, yelah masing-masing mempunyai personaliti dan gaya penulisan yang berbeza kan. :-)
PopiaRangupPopiaGorengPopiaKeringPopiaSambalPopiaHangus

Oh sambung tadi, yang at first kami bukanlah satu geng. Biasa la masa tu zaman muda (darah panas, ecewah) masing-masing baru nak mengenali antara satu sama lain (masing-masing nak kawan dengan orang yang sekepala je, sebagai contoh: I suka Malarkodee, so I kawan dengan dia sorang jelah, haha)  Dan semestinya masalah memang tak pernah lari dari kami, pernah je ahli-ahli kami bergaduh besar sampai tak bertegur, benci-benci, umpat-mengumpat bla bla dan bla bla. Tapi syukur Alhamdulillah  I rasa perkara-perkara inilah yang menjadi panduan untuk kami mengenali antara satu sama lain. Satu yang I perasan tentang kami bila dah menginjak usia (dah tua), masing-masing dah matang and I can see everyone is open up their hearts.

"Subhanallah maha suci Allah, Engkau lah yang melembutkan dan mengisi rasa kasih sayang di antara kami"



 Saya suka Malarkodee! Tapi saya sangat sedih kerana sehingga hari ini masih gagal untuk mengislamkan beliau. Ya Allah bukakanlah hatinya untuk menerima Islam. Amin :(

Diriwayatkan oleh Abu Zar RA:
"Nabi SAW telah bersabda kepadaku, "Janganlah kamu memperkecilkan kebaikan sedikitpun, sekalipun engkau menemui saudara  engkau dengan wajah yang berseri-seri."

Final year (2012) menyaksikan (kemain ayat kau hehe) semua orang (girls) dalam kelas willing untuk masuk dalam geng popia (maksudnya bersedia untuk join segala aktiviti secara bersama-sama). Geng popia ni ada dua sub group (sub gorup giteww), iaitu geng rendah dengan geng tinggi. Like seriously, sepanjang I belajar, kat maktab la yang I rasa tak malu sebab tinggi dan besar. hewhew. Dulu masa sekolah rendah dan sekolah menengah I selalu melalui situasi-situasi yang kurang menyenangkan bila tak pakai baju sekolah. Contoh situasi:

Dulu kala masa sekolah rendah boleh orang kata:
Orang: "Eh awak ni form 4 ke?"
Me: "Eh, saya baru darjah 4"

Masuk sekolah menengah form 1, boleh orang kata:
Orang: "Eh bila nak kahwin?".
 Me: " ................."


Haaaa carilah I yang mana satu. Confirm tak silap punyer. haha (5 Ibn-Khaldun). Time ni tah-tah orang kata: "Anak dah berapa?"


Then bila masuk maktab. I sedikit terkejut campur excited, sebab hampir semua classmate tinggi-tinggi. So takdelah I nampak tua kan. hehe


 Weolls sama tinggi giteww. hehe
TO BE CONTINUE :)

Sunday, December 9, 2012

Kelembutan dan kesabaran


Dakwah tak berhasil dengan kekerasan. Dakwah tak berkesan dengan kekasaran. Sejak bila Rasulullah ajar kita berkasar dalam spreading Islam? (Quote)

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tak update blog. Hampir sebulan kot. Dalam masa ni memang banyak perkara yang berlaku ada sedih, ada gembira, ada yang benar-benar menguji iman dan sebagainya. Semua yang berlaku adalah dalam proses ketika diri mahu beristiqamah untuk berhijrah secara sepenuhnya. SUKAR! SUSAH! SEDIH!

Sifat sabar bukanlah mudah untuk dicapai hmm SUKAR! memerlukan perjuangan yang tinggi (bertarung dengan diri dan nafsu sebenarnya bukanlah perkara yang mudah). No matter what we do, ask yourself adakah urusan yang dilakukan itu adalah kerana Allah atau tidak? If kita berungguh-sungguh dalam proses untuk berhijrah menjadi lebih baik, tetapi datang pulak ujian yang dapat menyemarakkan api kemarahan dalam diri (rasa asyik nak marah dan menyirap jer), ataupun diberikan kesibukan sampai rasa masa sangat mencemburui diri, itu maknanya Allah tahu apa yang kita mampu, Allah takkan bagi ujian mengikut luar kemampuan kita. Masa I sekolah rendah Ustaz dan Ustazah I selalu ajar yang sabar itu separuh daripada iman, orang yang menang ialah orang yang sabar dan banyak lagi kelebihan memiliki sifat ini. (Bilalah boleh rasa kemanisan sabar ni yer? Hmmm

Manusia ni  ada dua jenis, ehh yeke?  yer kawan-kawan, jenis yang pertama ialah orang yang mempunyai kesedaran ikut ego dan nafsu,  Orang yang ikut nafsu ini  memang cepat nak MARAH, semua benda dia nak CEPAT, nak ikut cara dia saja, pentingkan harta, pangkat, ingat nak menang saja. Orang begini jika berlaku KELEWATAN, dia akan mudah MARAH (Aiseeeyy, ni memang tengah bercakap pasal diri sendiri ni). Keburukannya ialah apabila kita marah, hormon-hormon negatif akan dikeluarkan. Begitu juga jika selalu takut, panik, risau atau sifat-sifat negatif lain. Sifat-sifat ini akan menghilangkan segala khasiat makanan-makanan baik yang kita ambil, dan mengeluarkan hormon yang merosakkan badan pula.

Manakala manusia jenis yang kedua pula mempunyai kesedaran ikut ketuhanan dan iman. Sebaliknya jika hidup dengan kesedaran ketuhanan dan menggunakan keimanan dalam setiap reaksi kita, kita akan sentiasa bekerjasama, menghargai orang lain, penuh kasih sayang, melihat kebaikan pada seseorang atau pada setiap kejadian, bermurah hati, berterusan memperbaiki diri, dan menerima manusia seadanya (Ishh banyaknyer aku takde T_T )

I pun nak share apa yang I dapat dari Prof Dr Muhaya :)
Contoh Situasi:
Contohnya jika berlaku kelewatan dalam temujanji. Jika kita tak sabar, kita sendiri yang akan tertekan (selalu dah kena). Tetapi jika redha, kita akan berasa lebih tenang. Gunakan masa yang ada untuk buat perkara lain dulu, contohnya boleh solat hajat, baca Quran, dan sebagainya. Berusahalah menjadikan sifat sabar itu sebagai tabiat kita semua. (Quote)

Ibu merupakan seorang yang cukup penyabar, sebab itulah jika diperhatikan ibu jarang sakit. Oleh itu, bila ibu sudah tua, sebagai anak, kita perlu juga banyak bersabar dengan karenah ibu kita. Tiba-tiba saya dapat idea, para ibu, bila anak kecil mengamuk, buat perangai, rakam menggunakan video dan simpan. Esok-esok bila dia sudah besar, tunjukkan kembali padanya, kerana lumrah manusia ini sangat mudah lupa. (Quote)

Soalan dan jawapan from Prof Dr Muhaya:

S: Bagaimana untuk istiqamah menjadi orang yang sabar dan membuat kebaikan, kerana semakin kita ingin berubah, terasa semakin banyak dugaan yang datang?
J: Pertama, syaitan memang suka kita masuk neraka bersamanya. Sebab itu syaitan tidak ganggu orang kafir, tetapi ganggu kita. Bila dah tahu, kita perlu lebih bersedia untuk melawannya. Kita perlu terus-menerus berfikiran positif dan bersabar, sehinggalah ianya menjadi tabiat dan sebahagian daripada kita. Bila dah jadi tabiat, kita tak perlu fikir untuk bersabar, kerana secara automatiknya kita tahu untuk bersabar. Untuk membentuk tabiat positif memang memerlukan mujahadah dan disiplin yang tinggi. Boleh juga buat catatan jurnal untuk membantu, InsyaAllah.

 S: Sebagai guru, ada kalanya saya tidak dapat menahan sabar dengan anak murid. Tetapi bila mengenangkan bahawa merekalah yang akan mendoakan saya nanti, jadi sejuk kembali hati dan bersemangat semula.
J: Para guru, sebelum melangkah untuk mengajar, semaikan dalam hati bahawa mencurahkan ilmu kepada anak murid itu sebagai ladang pahala yang akan dituai hasilnya di akhirat, InsyaAllah. Bersabar dengan ujian karenah anak-anak. Cuba kita berasa nikmat dalam kepayahan dan kesusahan yang dialami, kerana di situ adanya janji ganjaran Allah.

Cuba kita sibuk betulkan diri kita sendiri, tak perlu untuk ubah orang lain. Jadikan segala tujuan, setiap perkataan, perbuatan kita hanya untuk Allah. InsyaAllah orang-orang yang mempunyai kesedaran ketuhanan, auranya sangat positif dan akan dapat membantu orang negatif disekeliling juga berubah,
 InshaAllah!

 Sabar walaupun panas akibat kelewatan. Maryam isi masa dengan berposing dan mengambil gambar

p/s: Jom sama-sama kita amalkan sifat sabar. Saya mohon sangat moga-moga Allah permudahkan urusan saya dan sahabat-sahabat semua dalam proses kita nak dapat sifat sabar ni yer. Saya nak sangat sifat sabar ni~ Amin amin :)