Tuesday, September 25, 2012

Speed Up or Slow Down? Choose bebeh!

Salam A'laik

Sebenarnya entry ni dah lama ditulis sejak Ramadhan lagi, tapi sebab ada beberapa kekangan yang menyebabkan saya tidak dapat nak update entry ni hehe. Btw, alhamdulillah selepas selesai sesi VIVA seminggu yang lalu dan baru sahaja pulang dari cuti weekend yang lalu  barulah rasa lapang sikit dada ni nak siapkan penulisan ni. Alhamdulillah :)

Seminggu sebelum berakhirnya RAMADHAN

Luahan hati
Ketika ini kita diuji dengan rasa kesesakkan, dada rasa kurang oksigen, hati rasa sesak, stressssss! rasa ketakutan dan kerisauan (takut tak dapat siapkan/tak buat sehabis baik tugasan asignment) tambah perit diuji dengan kepenatan berpuasa, diuji dengan masa yang sedang mencemburui kita, kenapa begitu? Kerana masa itu perlu dibahagikan sebaiknya untuk menyiapkan tugasan kajian tindakan (konon nyawa hati), tugasan EDU,  bla bla bla

AKU JADI TAKUT

Aku berkira-kira untuk tidak mahu menghadiri usrah pada minggu ini (jenuh fikir nak bagi alasan apa pada murabbi), tidak mahu solat terawih secara jemaah (buat sendiri je jimat masa), kerana gusar masa tidak mencukupi untuk menyiapkan tugasan duniawi itu. MashaAllah! Astaghfirullah al azim. Dah nak masuk 10 malam terakhir boleh pulak aku terfikir nak slow kan speed! Ruginyaaaaaaa! Pernah dengar tak hadis nabi ni

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 
 
Jadi sekarang aku sedang diuji dengan diri sendiri mashaAllah! T_T. Aku merasakan masa sangat mencemburuiku. Aku merasakan masa tidak mencukupi untuk menyiapkan segala tugasan ini. Adakah jika tugasan ini tidak dapat disiapkan masa depanku akan punah dan berwarna hitam? Ohhhhh tidaaakkkkkkkk! *Mintak maaf berdrama pulak di sini. hewhewhew.
Secara tiba tiba aku berubah menjadi insan yang perisau memikirkan masa hadapan yang sebenarnya tak nampak pun lagi, yelah membayang kemungkinan-kemungkinan jika aku tak siapkan tugasan-tugasan tersebut, perghh takut kot~ dan yang sadis hal ibadah telah menjadi perkara kedua. Hah! Kau biau betol Shakira?? Yer tak tipu. sedih kan, sila sedih bersama aku :(

Hmmmmmmm....Meh nak cerita sikit pasal sirah para sahabat

Para sahabat telah mengamalkan prinsip hidup yang sangat signifikan sejak dari dahulu lagi. Mereka memang hidup dalam lingkungan HARI INI, bahkan ada hadis yang menyatakan bahawa apabila sahabat hidup pada waktu pagi, mereka tidak menyangka akan terus hidup  sampai ke petang. Oleh sebab itu merek tidak menangguhkan amalan kebaikan, tidak menangguhkan taubat daripada perbuatan kejahatan.

Masa lalu adalah semalam yang telah mati, manakala masa depan adalah esok yang belum lahir lagi, maka selamatkan hari ini, HIDUPKAN HARI INI. Ramai terperangkap oleh tragedi masa lalu. Ramai juga yang bimbang dan berprasangka kesusahan terhadap masa hadapan. Kesusahan yang belum datang sudah dirisaukan. Apabila kesusahan benar-benar datang dan kita akan runsing dan berterusan untuk bimbang maka berbalaoikah?

Setiap masa yang diperuntukkan ke jalan Ibadah adalah sebenarnya sangat-sangatlah berbaloi. Kalau kita mengejar dunia, memang dunia je la kita dapat tapi jika kita mengejar redha Allah inshaAllah akhirat dapat dunia pun akan dapat.

Thesis thesis. Bye bye thesis hehe

Memang bersepah-sepah dah~~



No comments:

Post a Comment

Reactions