Wednesday, September 26, 2012

Ramadhan's Memory

Salam A'laik

UPDATE TENTANG RAMADHAN LAGI ♥ ♥

Hmmmm, perkara ni memang nak update lama dah, tapi tak sempat jer, so sekarang konon-konon free jugak la. Banyak jugak memory best masa bulan Ramadhan terakhir di maktab ni. 
*Weyhh nak abih dah weyh. Tinggal beberapa hari lagi je kot, huwhuwhuw :(

Tadarus Alquran ni adalah yang 1st dan terakhir dapat dilaksanakan di kelas I, so Im so proud and excited kerana semua (29 orang) willing untuk join. Alhamdulillah. BIG CLAP FOR EVERYONE *CLAP CLAP

Kad penaik semangat

Kurma untuk semua


Tuesday, September 25, 2012

Speed Up or Slow Down? Choose bebeh!

Salam A'laik

Sebenarnya entry ni dah lama ditulis sejak Ramadhan lagi, tapi sebab ada beberapa kekangan yang menyebabkan saya tidak dapat nak update entry ni hehe. Btw, alhamdulillah selepas selesai sesi VIVA seminggu yang lalu dan baru sahaja pulang dari cuti weekend yang lalu  barulah rasa lapang sikit dada ni nak siapkan penulisan ni. Alhamdulillah :)

Seminggu sebelum berakhirnya RAMADHAN

Luahan hati
Ketika ini kita diuji dengan rasa kesesakkan, dada rasa kurang oksigen, hati rasa sesak, stressssss! rasa ketakutan dan kerisauan (takut tak dapat siapkan/tak buat sehabis baik tugasan asignment) tambah perit diuji dengan kepenatan berpuasa, diuji dengan masa yang sedang mencemburui kita, kenapa begitu? Kerana masa itu perlu dibahagikan sebaiknya untuk menyiapkan tugasan kajian tindakan (konon nyawa hati), tugasan EDU,  bla bla bla

AKU JADI TAKUT

Aku berkira-kira untuk tidak mahu menghadiri usrah pada minggu ini (jenuh fikir nak bagi alasan apa pada murabbi), tidak mahu solat terawih secara jemaah (buat sendiri je jimat masa), kerana gusar masa tidak mencukupi untuk menyiapkan tugasan duniawi itu. MashaAllah! Astaghfirullah al azim. Dah nak masuk 10 malam terakhir boleh pulak aku terfikir nak slow kan speed! Ruginyaaaaaaa! Pernah dengar tak hadis nabi ni

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 
 
Jadi sekarang aku sedang diuji dengan diri sendiri mashaAllah! T_T. Aku merasakan masa sangat mencemburuiku. Aku merasakan masa tidak mencukupi untuk menyiapkan segala tugasan ini. Adakah jika tugasan ini tidak dapat disiapkan masa depanku akan punah dan berwarna hitam? Ohhhhh tidaaakkkkkkkk! *Mintak maaf berdrama pulak di sini. hewhewhew.
Secara tiba tiba aku berubah menjadi insan yang perisau memikirkan masa hadapan yang sebenarnya tak nampak pun lagi, yelah membayang kemungkinan-kemungkinan jika aku tak siapkan tugasan-tugasan tersebut, perghh takut kot~ dan yang sadis hal ibadah telah menjadi perkara kedua. Hah! Kau biau betol Shakira?? Yer tak tipu. sedih kan, sila sedih bersama aku :(

Hmmmmmmm....Meh nak cerita sikit pasal sirah para sahabat

Para sahabat telah mengamalkan prinsip hidup yang sangat signifikan sejak dari dahulu lagi. Mereka memang hidup dalam lingkungan HARI INI, bahkan ada hadis yang menyatakan bahawa apabila sahabat hidup pada waktu pagi, mereka tidak menyangka akan terus hidup  sampai ke petang. Oleh sebab itu merek tidak menangguhkan amalan kebaikan, tidak menangguhkan taubat daripada perbuatan kejahatan.

Masa lalu adalah semalam yang telah mati, manakala masa depan adalah esok yang belum lahir lagi, maka selamatkan hari ini, HIDUPKAN HARI INI. Ramai terperangkap oleh tragedi masa lalu. Ramai juga yang bimbang dan berprasangka kesusahan terhadap masa hadapan. Kesusahan yang belum datang sudah dirisaukan. Apabila kesusahan benar-benar datang dan kita akan runsing dan berterusan untuk bimbang maka berbalaoikah?

Setiap masa yang diperuntukkan ke jalan Ibadah adalah sebenarnya sangat-sangatlah berbaloi. Kalau kita mengejar dunia, memang dunia je la kita dapat tapi jika kita mengejar redha Allah inshaAllah akhirat dapat dunia pun akan dapat.

Thesis thesis. Bye bye thesis hehe

Memang bersepah-sepah dah~~



Wednesday, September 5, 2012

Wedding madness

Salam A'laik

Alhamdulillah hari ni dah masuk day-3 berpuasa enam, matlamat dan visi moga-moga dapatlah puasa direct kan hehe InshaAllah

So Im proudly to say

Happy Eid Mubarak... 
err... da lambat ker? hehe duli nyer idok..lala:P

Emmmm.. Ada cebisan soalan dari usrah semalam yang murabbi tanya, rasanya bolehlah dikongsi disini

Apakah perbezaan Ramadhan tahun ni dengan Ramadhan tahun lepas?
Adakah diri kita pada bulan Ramadhan ni sama dengan Ramadhan lepas?

Oke tak payah jawab kat sini, you jawab dalam hati jer, seterusnya buat la perbandingan. You rasa Ramadhan kali ni lebih baik ke dari yang sebelum-belum ni?

Alhamdulillah, cuti raya hari tu memang busy dengan pelbagai jemputanwalimatul urus oleh kawan-kawan dari sekolah rendah, menengah dan sebagainya. Terima kasih la sahabat-sahabat yer. sodap den makan. hehe. We all pergi dengan Anis (sahabat sejati shakila raha @ Miss Artis. hehe) sebagai driver, Miss Artis, Fadilah dan I. Hari tu je ada 3 kenduri, Firstly kitaorang pergi kenduri Syaiqah dahulu, then kenduri Insyirah dan yang terakhir adalah kenduri Izzah

Firstly kitaorang g kenduri Syaiqah kawan I masa SK Bota, SMKA Azlan, dan Giat MARA. hehe si comel di dah kawin ! Tapi kitaorang sampai awal, kenduri pun tak start lagi, so memang tak sempat nak snap gamba Syaiqah dengan pasangannya, sebabnya banyak lagi agenda seterusnya. :)

 Ni masa Kenduri Syaiqah, tak sangka dapat jumpa Hanim (kawan sekolah rendah) hehe: Dari kanan, Anis, Hanim, Fadilah dan Miss Artis
 
 Ni la pengantin perempuan Syaiqah, mengantok je dia masa tengah siap, but yet so cute!

Smile :) Barakallah buat kedua pengantin

Dan seterusnya kami bergerak ke kenduri Insyirah, Insyirah ni kawan Miss Artis masa di Sek. Raja Perempuan Ta'ayah Ipoh, I pernah jumpa Insyirah sekali jer then jumpa kali kedua ni time kenduri ni la, pengantin so cute. Barakallah buat kedua pengantin

Bergambar kenangan bersama pasangan pengantin

Pengantin yang comel with Miss Artis

Bergambar kenangan bersama pasangan pengantin. Pengantin suruh buat peace, so ikutkan jer.hehe

 Geng-geng Ta'ayah.

 Rombongan Cik Kiah. hehe

Dan kenduri yang terakhir kenduri Izzah, kawan I dengan Miss Artis masa di SK Bota Kanan, kesian Izzah, kitaorang sampai pun da lewat, semua orang dah balik, tapi nasib masa tu pasangan pengantin tengah nak tangkap gambar, so kitaorang pun inteprem sekali. hekhek, tak malu :P

 Barakallah buat kedua pengantin 

 Lamanya tak jumpa Izzah, huhu

Yang ni memang tak jangka boleh jumpa. Adah! our bestfriend masa Sek Men Lambor Kiri, rupa-rupanya Adah ni kawan f6 kepada Izzah, huhu kecil je dunia ni

p/s: Alhamdulillah dah rasa macam buat reunion jer. Selamat la buat semua pengantin semoga berbahagia ke akhir hayat. Amin