Tuesday, June 12, 2012

Mati itu pasti

Salam A'laik
Kejapnya sudah masuk semester 8, habis cuti tiga minggu ni bermulalah semester terakhir di IPG bersama sahabat dan pensyarah. Alhamdulillah semakin menghampiri ke garisan penghabisan. Dalam sedar tak sedar  “Ya Allah tiba-tiba kini aku telah tua!”

“Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (Al- Asr: 1-3)

Takut sebenarnya memikirkan bahawanya kematian semakin menghampiri, kerana memikirkan amalan pahala yang tidak cukup untuk melayakkan kaki melangkah  masuk ke pintu syurga malah amalan dosa pula yang bertimbun, Astaghfirullah. Usia manusia ni ada batasan, dan kita tak tahu berapa umur batas akhir usia kita, mungkin 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun, dan jika diizinkan Allah mungkin melangkaui 90 hingga 100 tahun, kita tak akan pernah tahu, hanya Allah yang tahu. Jadi sudah siapkah kita??

 Kita tak tahu bila saat kematian kita, sama ada tua atau muda

"Dimana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup) mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah Muhammad : Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah berpunca dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)" (Al-Nisa':78)

Percayalah tiada siapa mampu lari/ mengelak diri dari kematian. Di mana sekalipun kita berpijak, kematian pasti menghampiri dan mengikut kita, maka bertaubatlah, taubat yang sebenar-benarnya. Setelah bertaubat, usahakan bergaul dengan sahabat yang boleh mendorong ke jalan kebaikan dan menghindarkan kamu dari terjerumus buat kali kedua. Berkawan dengan orang soleh adalah langkah terbaik untuk menguatkan iman, dan takwa. Orang soleh adalah mereka yang memenuhi hak Allah dan hak sesama insan. Jadikan mereka sahabat agar cahaya mereka dapat menembusi hatimu menjadi terang dengan cahaya Allah

Namun bagaimana dengan sahabat lama kita? Yang susah senang bersama, perlukah kita meninggalkan mereka hanya kerana mereka tidak soleh?? Ohhhh tidakkk perlu, teruskan hubungan persahabatan, malah jika boleh rapatkan lagi,  disinilah tugas kita bermula, MEMBERI PERINGATAN, disamping kita berkawan terapkan nilai-nilai baik dalam sahabat-sahabat kita. Kalau boleh kita mesti nak masuk syurga dengan semua sahabat-sahabat baik kita kan:) I LOVE MY SAHABAT!


P/S: Yang digusarkan kini, ramai muslimin dan muslimat yang risau jika mati sebelum sempat berkahwin bukannya risau kerana amalan pahala. Moga kita tidak berada dalam golongan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Reactions