Tuesday, May 29, 2012

Usrah @ Bulatan Gembira: Diberi peluang kedua (The End)


Salam A’laik

NIKMAT dan PELUANG KEDUA

I terpanggil untuk menyambung kembali penulisan yang dulu-dulu tu. Sekarang dah tak tension pasal exam hari tu, thanks to Allah SWT! and my twin sister memang sangat la best. Dia pun tak realise @ takde intention pun nak buat I gembira tapi eventually jadi pulak I gembira, hehe Alhamdulillah

 Datin Shakila Raha @ Artis. opss opsss, dia mara panggil Datin @Artis. Heh! Ada wa kisah..lalala

Well, hari tu I beriya jugak nak share apa yang berlaku dekat I sehingga menyebabkan I rasa terpukul, tertampar tertumbuk dan sewaktu dengannya, tapi selepas tu I fikir tak perlu la nak share maybe itu hanya menjadi rahsia I dengan My Rabb Allah SWT. Boleh kan, (kalau tak boleh, buat la cerita sendiri yang korang rasa sesuai.hihi).


 
" Maha suci Allah,yang ditanganNya segala kerajaan. Dan Dia Maha berkuasa di atas segala sesuatu"
(Al-Mulk : 1)

Kadang-kadang ramai tak sedar tentang nikmat pemberian Allah. Dan sebenarnya I pun tergolong dalam golongan yang tak sedor diri tu,  kalau korang perasan banyaknya nikmat Allah bagi kat kita, termasuklah nikmat mengidu wangian perfume Bodyshop! Tak pun bila tangan sendiri mengurut bahagian badan yang rasa lenguh. Hehe contoh tak boleh blar, tapi itulah hakikat, saje je I bagi contoh paling kecil sebab itu menunjukkan semua benda yang kita boleh buat itu adalah sebenarnya NIKMAT dan EHSAN pemberian Allah pada kita walaupun sekecil-kecil nikmat pun. Jadi bila kita ada kebolehan menyanyi dengan suara sedap or belajar bijak pandai macam Einstein, duit gaji beribu pun jangan mendabik dada, sebab itu bukan kepunyaan kita. Itu Allah yang punya! Serius wa cakap  ni. Then tetibe lirik  lagu Raihan: Puji-pujian teriang-iang di benak telingaku

“Bila dipuji kejayaan kita, sebenarnya bukan milik kita, oleh itu sedarlah sentiasa semuanya dari Allah”

“Hati Gembira terasa bahagia, itulah tanda nikmatannya, ingatlah Allah syukur padaNya ucapkannlah Alhamdulillah”


Bila kita rasa full dengan diri (kira berlagak dengan kebolehan diri le) kita tak akan rasa kewujudan Allah yang sebenarnya adalah lebih besar dari segala-galanya. Tu yang perangai pun tak berapa nak betul, banyak penyakit hati, banyak sifat mazmumah (well Im not talking about you, basically Im talking about ma ma ma self!). 

Dan bermula lah satu episode dimana I ditampar, ditumbuk, ditendang (situasi yang tak melibatkan fizikal contact pun) yang menyebabkan I tersedar betapa kecilnya diri ini, masa tu nikmat ditarik (duit, kecantikan, cewah! Hehe dan bla.bla) rasa mcam Allah ni tak adil buat diri (nauzubillah), kenapa ini terjadi pada diri ku ini? Kenapa tak orang lain jer?  Masa tu baru terhegeh-hegeh nak cari Allah, nak mengadu, then I sedar segala nikmat tersebut adalah milik Allah, so suka hati Allah la tarik atau bagi kita pun, tapi yang penting Allah tarik nikmat tu adalah sebabnya sayangnya Dia pada kita, Dia nak melatih kita jadi SABAR! Menjadi hamba yang BERSYUKUR walaupun miskin. Best kan Allah, aturan Dia sangat hebat, yang untungnya nanti kita jugak. Jadi kalau kita sedar means kita dah diberi peluang kedua oleh Allah, jadi nak buat apa lagi?? Bersyukur!

"Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah" 
(Yusuf : 86). 

Muslimin muslimat Rahimakumullah .…

Bala adalah sebahagian daripada ujian,sebab itu ada ujian berbentuk bala. Ada ujian berbentuk nikmat. Orang yang menerima ujian berbentuk bala,maka ia bersabar dan bermuhasabah diri.Manakala orang yang menerima ujian berbentuk nikmat hendaklah bersyukur. Oleh itu apa sahaja yang kita hadapi dalam kehidupan sama ada nikmat atau musibah adalah ujian daripada Allah swt dan dunia adalah medan ujian buat manusia. Para rasul, nabi-nabi, ulama, orang-orang soleh ujiannya lebih hebat daripada orang-orang biasa macam kita ni. Orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa mengembalikan segala urusan hidupnya kepada Allah s.w.t. kerana meyakini bahawa Dialah sebaik-baik sandaran dan pergantungan diri

USRAH

Macam mana nak sentiasa rasa Allah ni hebat dari segala-galanya?? I know! proses nak didik hati memangggg sangat payah, lagi-lagi nak berlawan dengan bisikan syaitan dan musuh terbesar adalah nafsu sendiri, jadi solution terbaik yang I rasa sangat sesuai adalah USRAH. Kalau korang nak tahu usrah ni sunnatullah tau sebabnya aktiviti usrah adalah aktiviti yang telah menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w , pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Baginda mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat. 

 Ni masa alumni hari tu, memaaaaaangg sangat best:)

Jadi kira bila join usrah ni, bukan takat 2 in 1 je boleh dapat 10 in 1 pun boleh, Betul I tak tipu, test ler 

1 comment:

  1. oiii....skati skuter pink u je nak masuk gamba i..ye..but thanks 4 dis writting..seem like i pon terpukul tertmpar terberak..opsss.. hehe..i pon mcm full of myself..egois..dan sewaktu dgnnya...rsenye mmg i kena blik pd Allah..td actually dlm surau td i nangis...ngeh..sedih sbb Tuhan bg this test so that i can realize ap yg telah i wat...

    ReplyDelete

Reactions