Tuesday, May 29, 2012

My bestfriend's Graduation.

Salam A'laik

Congratulation Siti Nadiah Nawawi for having your graduation... Lets picture speek =)

Le twins and Teacher

Again miss artis and teacher 

Mok angkat + Ubitokol

Le card

Le flowers

Usrah @ Bulatan Gembira: Diberi peluang kedua (The End)


Salam A’laik

NIKMAT dan PELUANG KEDUA

I terpanggil untuk menyambung kembali penulisan yang dulu-dulu tu. Sekarang dah tak tension pasal exam hari tu, thanks to Allah SWT! and my twin sister memang sangat la best. Dia pun tak realise @ takde intention pun nak buat I gembira tapi eventually jadi pulak I gembira, hehe Alhamdulillah

 Datin Shakila Raha @ Artis. opss opsss, dia mara panggil Datin @Artis. Heh! Ada wa kisah..lalala

Well, hari tu I beriya jugak nak share apa yang berlaku dekat I sehingga menyebabkan I rasa terpukul, tertampar tertumbuk dan sewaktu dengannya, tapi selepas tu I fikir tak perlu la nak share maybe itu hanya menjadi rahsia I dengan My Rabb Allah SWT. Boleh kan, (kalau tak boleh, buat la cerita sendiri yang korang rasa sesuai.hihi).


 
" Maha suci Allah,yang ditanganNya segala kerajaan. Dan Dia Maha berkuasa di atas segala sesuatu"
(Al-Mulk : 1)

Kadang-kadang ramai tak sedar tentang nikmat pemberian Allah. Dan sebenarnya I pun tergolong dalam golongan yang tak sedor diri tu,  kalau korang perasan banyaknya nikmat Allah bagi kat kita, termasuklah nikmat mengidu wangian perfume Bodyshop! Tak pun bila tangan sendiri mengurut bahagian badan yang rasa lenguh. Hehe contoh tak boleh blar, tapi itulah hakikat, saje je I bagi contoh paling kecil sebab itu menunjukkan semua benda yang kita boleh buat itu adalah sebenarnya NIKMAT dan EHSAN pemberian Allah pada kita walaupun sekecil-kecil nikmat pun. Jadi bila kita ada kebolehan menyanyi dengan suara sedap or belajar bijak pandai macam Einstein, duit gaji beribu pun jangan mendabik dada, sebab itu bukan kepunyaan kita. Itu Allah yang punya! Serius wa cakap  ni. Then tetibe lirik  lagu Raihan: Puji-pujian teriang-iang di benak telingaku

“Bila dipuji kejayaan kita, sebenarnya bukan milik kita, oleh itu sedarlah sentiasa semuanya dari Allah”

“Hati Gembira terasa bahagia, itulah tanda nikmatannya, ingatlah Allah syukur padaNya ucapkannlah Alhamdulillah”


Bila kita rasa full dengan diri (kira berlagak dengan kebolehan diri le) kita tak akan rasa kewujudan Allah yang sebenarnya adalah lebih besar dari segala-galanya. Tu yang perangai pun tak berapa nak betul, banyak penyakit hati, banyak sifat mazmumah (well Im not talking about you, basically Im talking about ma ma ma self!). 

Dan bermula lah satu episode dimana I ditampar, ditumbuk, ditendang (situasi yang tak melibatkan fizikal contact pun) yang menyebabkan I tersedar betapa kecilnya diri ini, masa tu nikmat ditarik (duit, kecantikan, cewah! Hehe dan bla.bla) rasa mcam Allah ni tak adil buat diri (nauzubillah), kenapa ini terjadi pada diri ku ini? Kenapa tak orang lain jer?  Masa tu baru terhegeh-hegeh nak cari Allah, nak mengadu, then I sedar segala nikmat tersebut adalah milik Allah, so suka hati Allah la tarik atau bagi kita pun, tapi yang penting Allah tarik nikmat tu adalah sebabnya sayangnya Dia pada kita, Dia nak melatih kita jadi SABAR! Menjadi hamba yang BERSYUKUR walaupun miskin. Best kan Allah, aturan Dia sangat hebat, yang untungnya nanti kita jugak. Jadi kalau kita sedar means kita dah diberi peluang kedua oleh Allah, jadi nak buat apa lagi?? Bersyukur!

"Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah" 
(Yusuf : 86). 

Muslimin muslimat Rahimakumullah .…

Bala adalah sebahagian daripada ujian,sebab itu ada ujian berbentuk bala. Ada ujian berbentuk nikmat. Orang yang menerima ujian berbentuk bala,maka ia bersabar dan bermuhasabah diri.Manakala orang yang menerima ujian berbentuk nikmat hendaklah bersyukur. Oleh itu apa sahaja yang kita hadapi dalam kehidupan sama ada nikmat atau musibah adalah ujian daripada Allah swt dan dunia adalah medan ujian buat manusia. Para rasul, nabi-nabi, ulama, orang-orang soleh ujiannya lebih hebat daripada orang-orang biasa macam kita ni. Orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa mengembalikan segala urusan hidupnya kepada Allah s.w.t. kerana meyakini bahawa Dialah sebaik-baik sandaran dan pergantungan diri

USRAH

Macam mana nak sentiasa rasa Allah ni hebat dari segala-galanya?? I know! proses nak didik hati memangggg sangat payah, lagi-lagi nak berlawan dengan bisikan syaitan dan musuh terbesar adalah nafsu sendiri, jadi solution terbaik yang I rasa sangat sesuai adalah USRAH. Kalau korang nak tahu usrah ni sunnatullah tau sebabnya aktiviti usrah adalah aktiviti yang telah menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w , pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Baginda mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat. 

 Ni masa alumni hari tu, memaaaaaangg sangat best:)

Jadi kira bila join usrah ni, bukan takat 2 in 1 je boleh dapat 10 in 1 pun boleh, Betul I tak tipu, test ler 

Thursday, May 24, 2012

Not so Happy day

Salam A'laik

Today not so happy day for me although people around me kept screaming "yeayy Merdeka!!" as we finished our exam today, sebabnya I didnt do well on my paper exam tadi, :( uwaa~ Tah ler study macam nak rak, not sure why cant I answer that.. I rasa banyak sangat dosa kot:(


p/s  Coming soon! Since takde mood nak tulis, Mood sedih tak fade away lagi.kuikui

Tuesday, May 22, 2012

Exam Mood

Salam A'laik

Well just stop by, nothing much to share, hihi :) just let me concentrate with my Exam okey. Later Bye!

My 4 Jabil yang so cute when they are answering the question! So inspiring! Cikgu pun akan sungguh-sungguh oke:)


Doa: 

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


O' Allah I have a big dream. Please make it come truee..aminnnnn:) Selamat menjawab exam!
 

Tuesday, May 8, 2012

Gathering Anak-anak dara + Food festival!

Salam A'laik

We had a good conference + makan-makan + gelak gelak and sembang-sembang party yesterday kat rumah Affifah et al (2012) haha :) siap buat citation for Afifah and the geng. Alhamdulillah all my classmate (ladies) attend! yeayyy~ 

But yess balik-balik cerita pasal PL (Pendidikan Luar) macam takde cerita lain, haha. PL ni aktiviti kat Pangkor yang kitaorang buat selama seminggu masa sem 3,  PL ni part of subject juga, and the activities memang sangat tough!. Cerita PL memang tak akan pernah laput ditelan zaman. Bet you next gathering confirm cerita PL jugak yang keluar. heee


Le ladies

I make Macaroni Bakar as requested

Roti jala and Kari ayam by  Farhana and Hanani

Salad by Siti + Nad


Nasi Ayam by Miela+Sima

Samgupsal? by Afifah (yuummy!)

Le souvenir for everyone:)

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati - hati ini (bayangkan wajah - wajah rakan persejuangan) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah-Mu), bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati - hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat - Mu. Maka eratkanlah ya Allah ikatannya.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati - hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada - Mu. Hidup suburkan hati - hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang - Mu Jika Engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati - hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama - Mu. Engkau lah sebaik - baik sandaran dan sebaik - baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

- Ameen -

Wednesday, May 2, 2012

Usrah @ Bulatan Gembira (Part 1)

Salam A'laik

Sepatutnya I ada sesi ta'aruf usrah petang ni, tapi disebabkan sister murabbi ada kelas so terpaksa la dibatalkan. Actually ini adalah kumpulan usrah yang baru je I join, usrah ini adalah dibawah pertubuhan IKRAM. Before ni my usrah mate terdiri daripada lingkungan ahli keluarga dan housmate rumah I jer, Kiranya semua yang I kenal la, tapi untuk kumpulan usrah kali ni I just kenal Murabbi je, yang lain seyes tak kenal, jumpa apatah lagi, berdebar jugak nak kenal orang baru ni.. issshhhh I kan pemalu.. hehe blushing2x :)

Well ramai orang tanya kenapa nak usrah? Kenapa? Ada apa dengan Usrah @ Bulatan Gembira ini? Emm let me share with you something yang pernah berlaku pada I, sebelum tu mari dalami erti Usrah itu sendiri :
Usrah yang berasal daripada perkataan Arab yang membawa makna keluarga, merupakan satu medan untuk ahlinya bersama-sama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Proses pembentukan itu bermakna makna penekanan dan perbincangan dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh. Penekanan itu ialah terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi). Penekanan itu akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.

I memannggg cepat leeeeekaaaaaaaaa.. Plus lagi cepat je lalaii. So usrah adalah salah satu medan yang I gunakan untuk mendekatkan diri pada Allah selain  membetulkan akhlak rohani I yang tak berapa nak betol ni. Untuk individu-individu yang sebok nak jaga badan, nak kurus, nak ada badan solid perut kempis macam tayar takde angin nu, dan yang busy nak menghilangkan jerawat di muka tu hah tak kira lagi yang nak mencerahkan muka (alaaaaaa, relex ar, I pun cmtu gak, hehe)

Pernah tak korang terpikir nak jaga bahagian rohani? Korang sibuk nak makan makanan sedap, pernah terpikir tak nak bagi makanan sedap untuk rohani? Mesti korang terpikir kan.. tapii tak tau cara, dont worry I understand.so well!! hehe Sebab perkara ni pernah berlaku kat I. Lepas I keluar asrama, terputus la segala hubungan usrah ni. Serious hidup tunggang langgang jadi tak keruan, kejap-kejap nak marah, kejap-kejap  tak puas hati kat orang, kejap-kejap macam ada something yang tak cukup..  Dan yang penting I lupaaa diri!! sobsobsob:(

Penulis sedikit penat dan mengantok : Padahal kelas habis awal lak tu.hehe

TO BE CONTINUE~ Da malam ngantok nak tidur dulu. Okbye!

Tuesday, May 1, 2012

Hak pendidikan kanak-kanak menurut Islam

Salam A'laik

 I copy dari cikgu  yang I rasa sangat betul dan sangat setuju. Dalam mendidik murid walaupun you tak mengajar subjek agama tapi you boleh terapkan kesemua elemen-elemen ini dalam proses pengajaran. Siapa kata seorang guru Muzik or PJ  tak boleh jadi ustazah.? Diri sendiri je nak ke tak nak. I pun masih dalam proses nak topup apa yang patut, mana tau tetiba budak-budak  tanya "Cikgu C minor apa??".. Haah terpinga-pinga nak jawab nanti..hehehe
Jom take note:)
 
i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.

ii. Mengajar cara-cara sembahyang Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.”

iii. Mengajar ilmu pengetahuan
Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.

iv. Mengajar al-QuranRasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :"Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."

v. Mendidik mengenali kejadian ala miniIbubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.

vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat".


Kanak-kanak berhak dapat hak pendidikan mengikut Islam oke: Gambar Hiasan, model Maryam comel!

p/s: Yang penting pandang pada niat kita nak mengajar dulu. Ask yourself 1st. Then make sure the answer must be always related to Allah. Baru hidup tenang lagi damai. Nak menyampai ilmu pun ada berkat.kekeke :)