Tuesday, July 31, 2012

Sahur's Food

Salam A'laik

Salam Ramadhan ke 12 untuk semua. Da masuk 2nd phase bulan Ramadhan ni so macam mana amalan? huhu I tak boleh lama sebab I adaaaaaaaa banyak homework+assignment yang perlu dibereskan. Memang tak sedar diri ada hati nak update blog lagi.Muhahah Takpe I make it simple and short wokeh!

Enjoy my sahur's food. Tiap-tiap pagi waktu sahur I makan nasi panas dengan lauk ni je.hehe

Sambal ikan bilis dan tempe












Sunday, July 29, 2012

Bad mood

Salam A'laik

Nak berblog tapi tetibe terfikir every word I say is a responsibility, and ended up I think too much. ishhk ishhk ishhk.

How I wish I can handle it everything by myself. Tunggu la tunggu la, inshAllah suatu hari nanti. Doa moga niat dan hati tak terpesong *sigh
Goal I hanya satu :

"NAK CAPAI REDHA ALLAH"

Be strong people!

p/s: Tonight da masuk Ramadhan day 10  so Salam Ramadhan day 10 untuk semua muslimin dan muslimat

Thursday, July 26, 2012

Dugaan mulut? Kenapa mulut tiada pasangan?

Salam A’laik

I love to talk! Especially to my girlfriends. Tak kira yang rapat atau yang kurang rapat. Sebab I fikir kena la jadi friendly untuk merapatkan lagi ukhwah sedia ada kan, kalau pendiam sangat orang kata sombong pula, tengokkkk! niat dah tak betul ”takut orang kata, bukannya takut Allah murka":( Sadisss sungguh. Kadang-kadang rasa macam over pula bila bercakap banyak sangat ni. Benda yang tak patut cerita dok pergi cerita pula, Ishhh ishhh ishhh. Kadang-kadang bila banyak sangat cakap, banyak penipuan akan keluar dari mulut, ataupun dalam tak sedar apabila banyak berbicara makin banyak pula pujian dilemparkan pada diri. Nauzubillah  

 Talking-talking. Potpetpotpetpotpetpotpet *Gambar hiasan semata-mata 
(Pelakon tambahan: Farhana)

 Talking-talking. Potpetpotpetpotpetpotpet. Pastu gelak-gelak 
*Gambar hiasan semata-mata (Pelakon tambahan: Farhana)

Manusia ni memang la akan berbicara setiap masa. Untuk butir bicara yang baik confirm la akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika butir bicara tidak mengikut adabnya, manusia itu sendiri akan merana di dunia dan di akhirat. Bukan apa, nanti kat dunia kita akan dibenci oleh manusia lain, manakala kat akhirat pulak bicara yang menyakitkan hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t. Tak ker 2 in 1 tu, hah berminat??. Ishhh ishh takpela I tak berminat.

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.  (Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”(Riwayat At-Tarmizi)

Eh eh, I bukan nak suruh korang semua jadi pendiam terus, tidakkk~ Cumanya banyakkan berbicara perkara yang baik. Contohnya I kan memang dah dilahirkan dengan mulut yang suka berbicara kan. Memang tiap masa potpetpotpetpotpet, hehe *Kesian la kat budak2 kelas I yang asyik kena dengar I potpetpotpet jer =p tapi cumanya nak ditekankan kat sini, banyakkan berbicara perkara yang baik yang tak membawa kepada perkara sia-sia, pastu tambah lagi dengan banyakkan mendengar jadilah insan yang suka berfikir serta muhasabah diri. Tambah-tambah sekarang kan bulan Ramadhan, apa lagi ambil can untuk berubah kepada yang lebih baik okeee:) 


  Talking-talking *Gambar hiasan semata-mata =)

Kesimpulannya, jika mulut diciptakan berpasangan maka akan bertambahlah maksiat seseorang itu kerana untuk memelihara mulut yang hanya satu ini sudah banyak DUGAAN yang akan kita lalui. Insyaallah-may Allah bless us

p/s: Hehe I pun dalam proses nak kawal diri, kawal mulut dan paling penting kawal hati dan nafsu.Salam Ramadhan day 7

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan day 4 ♥

Salam A'laik

Dear Classmate/ Muslimin+Muslimat
Ramadhan Day 4
How are you with the  Quran
Have you finished reading just a one verse?
If you havent, Start from now...

Iftar's

Rasanya dah lama I tak ke dapur untuk masak makanan berat/ bergulai, sejak dari awal tahun 2012 lagi (Cewah.hehe) lepas tu praktikum, memang koje makan kat luar sahaja, mood memasak terbang entah ke mana :p Tapi Alhamdulillah sejak Ramadhan bermula ni  memang mood rajin nak masak membuak-buak Alhamdulillah. yeay! Takat ni I belum pernah lagi ke bazar untuk membeli makanan (Doa2 mintak moga-moga sampai la habis Ramadhan ye). So bila dah ada mood tu mula la I pergi buat aktiviti shopping grocery bahan-bahan basah (aktiviti yang sudah lama ditinggalkan.hehe). Macam-macam la beli then I pun plan nak masak gulai ayam masak lemak. First time buat tau, kan iolls puasa, so memang tawakal je la time nak taruh garam tu. I think Allah memang sayang I, sebab the gulai turn so nice. hehe syukur, mestila syukur sebab I bukannya teror masak pun :P

 

 
Masa ni tawakal agak-agak je santan, cabai, kunyit, garam banyak mana. 

Nyum-nyum

Ada banyak lebih, buka puasa dua orang jer (Housmate Nurul), so I frozen kan je la yang extra ni. Minggu depan bole makan lagi, panaskan sahaja hehe



Monday, July 23, 2012

Have a blessed Ramadhan Everyone!!

Salam A'laik

Alhamdulillah Im still alive for this year Ramadhan. Syukur Alhamdulillah. So here I have some question for you. hehe

1) So hows your Ramadhan this year?
2) Is your Ramadhaan spiritually uplifting or physically fattening?
3) Oh, I did not know that. The Meaning of the Word Ramadhan ...Errrk ?

The answer is with you. Ask yourself and keep it (mean Muhasabah) hehe. Ehem ehem btw I nak menjerit sikit boleh tak?? 

SERONOKNYAaaaaaaaaaa RAMADHANnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!

Fuuuuuuuu...Lega =), muhaha sangat seronok, you nak tahu sebab apa seronok? Bulan ni dah la semua syaitan nirojim kena ikat (kecuali nafsu), so memang takde la yang nak menghasut kita umat manusia ni untuk buat jahat (Kira kalau still nak buat jahat jugak tu memang ada something wrong dgn diri kita)  lepas tu Allah menggandakan pulak pahala ibadah kita, tak ke masyyyyuk tu? So apa lagi banyakkan amalan ibadah, moga-moga diterima oleh Allah, dan kepada sesiapa yang nak berubah tuh, inilah masanya yang ditunggu-tunggu, jangan malu jangan segan, siapa lambat dia melepas. Eh eh da macam jual kain pula yer, hehe jom tengok checklist Ramadhan kita tahun ni, haaa ni I punya la oke:

Alamak tertinggal 'R' pula, Correction yer: Checlist tu jadi Checklist oke. 

Checklist ni I suggest buat la tiap-tiap hari, kalau malas sekali pun by week pun bole juga. In the end of the day you bole la lukis tanda senyum =) pada bahagian-bahagian yang you rasa dah berjaya buat. Kalau ada amalan yang terlepas you lukis la tanda sedih jer =(  dan semestinya you kena berazam untuk melakukan amalan yang terlepas tu untuk keesokan harinya. Haaahh lagi satu, kalau tak larat jangan paksa diri, cuma kurangkan je amalan/ aktiviti tapi jangan berhenti terus yer rakan-rakan ku sayang . Contoh kalau rasa tak larat sangat nak habiskan satu muka surat Alquran, just baca 1 ayat pun jadi la, janji you ada keazaman nak buat, oke. Hah ataupun contoh solat terawih, you rasa solat sunat terawih ni panjang sangat kan, bole je nak solat 2 rakaat hari ni, esok 4 rakaat pula dan seterusnya. hehe perlahan-lahan yer, sikit-sikit pun takpe confirm Allahsuka . Apply la prinsip ANSUR MAJU tu, bukan sukan je ada ansur maju, Ibadah pun ada juga. Kayuh sampan perlahan-lahan pun takpe, kita memang akan rasa susah sangat di peringkat permulaan. Tapi percayalah di ahir nanti kita juga yang akan mendapat keuntungan 

Iftar's day one

Sorang-sorang di rumah semua orang balik kampung, bila sorang-sorang ni malasnyaaa, goreng jer telur. Alhamdulillah 

 
p/s: Ohh hari ni ada majlis berbuka puasa+Usrah di rumah Mar. I kena bersiap dulu ni. Later kbai~

Sunday, July 15, 2012

Renovate thesis =(

Salam A'laik

Hari minggu yang busy dek kerana menyiapkan my thesis yang telah direject oleh my supervisor, katanya:

Supervisor:  " Saya rasa thesis awak ni akan gagal"

Paaaaaaaaaaaaangggggggggggg!! *Seperti menerima satu tamparan hebat.. Adeh sakit kan kena tampor. Ohhh kecewa sungguh. Kerja kerasku masih belum membuahkan hasil nampaknya. Takpelah redha. =( Jadi sementara kesemua housmateku beriang gembira keluar meninggalkan rumah, ku ditinggalkan bersendirian untuk menyiapkan thesis ini.. "Ohh Ohh Ohh~ Akan ku buktikan dengan kuasa Allah! OOyeeeyyyyy~~ "

Pengubahsuaian @ Renovate sedang dijalankan : Gambor sengaja diblurkan supaya korang tak tahu apa thesis yang I nak buat.Heheh

Pastu lapor, korek-korek tengok apa kat dapur, I pun masak le spagetti. Bahan tak banyak pun masukkan je apa yang patut janji kenyang.



Makan-makan sambil tengok Irma hasmie di tvalhijrah dengan suami dia *Errr ada kaitan? Saje nak bagitahu aktiviti yang dijalankan dihari minggu selain kerja-renovate tu. =p


p/s: Lepas tu sakit pulak perut sampai ke malam. Ehh adakah haku telah diracuni oleh masakanku sendiri?? Isshhh

Friday, July 13, 2012

Membaca dengan hati

Salam A'laik

Orang kata kalau nak cepat faham, baca sesuatu dengan hati dan rasainya
TAPI..........
Susahnya nak baca dengan hati : Penyelidikan Tindakan
Isnin ni Supervisor nak check. Den masih berlengah-lengah lagi ni.
 haisshh~