Showing posts with label PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN. Show all posts
Showing posts with label PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Gembira disini tapi..... duka di sana

Salam A'laik

Sebak rasanya, T_T sebabnya banyak sangat duit yang telah I bazirkan terutamanya pada makanan.. I makan sedap-sedap, mahal-mahal, tapi orang kat sana makan ala kadar jer, Sedihhhhhhh~~~


My brother yang berada di Bandung,  biasiswa JPA dia dah
 ditarik sebab ada 1 paper tak lepas, so dia kena repeat year
 yang mengakibatkan perbelanjaan study dia di sana ditanggung 
sepenuhnya oleh duit poket family.. So semua benda kena jimat, 
dia siap buat part time jual baju + jadi tourist guide 
untuk pelancong Malaysia~ he never get a chance
 to eat a good food macam daging ke. Berjimat katanyaaa, 
sedihnyaaa:( Bila balik Malaysia baru dia makan dengan pulunnya, 
bila tanya "Ohh makan banyak2 la disini di Bandung mahal". 
Sedih Sedih! May Allah bless him dan semoga dia cepat pass. AMIN!

Pengemis :( kesian diorang kadang-kadang makan lebihan orang jer. 
Jangan kedekut berkongsi rezeki dengan pengemis, 
InshaAllah balasan Allah terhadap orang yang 
bersedekah adalah lebih berganda   


Kanak-kanak terbiar tanpa ibu bapa. Terutamanya di Palestin. 
Macam mana diorangggg nak dapatkan sesuap makanan???? SEDIH!
Oarang-orang Somalia dan sewaktu dengannyaaa.. Kesian tau diorang nak cari air pun susahhhh... Sentiasa berjuang+ bergadai nyawa semata-mata nak mencari seteguk 
air dan sesuap makanan. SEDIH!



SEDIH SEDIH~Sedihhhhhhhnyaa ya Allah.... 




   Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
(untuk fakir, miskin, yang beramal terhadap mereka, hati bersatu, memerdekakan hamba, penghutang di jalan Allah, dan musafir)
(At-taubah, 9:60)

Sunday, April 29, 2012

Sahabat dari Bandung~

Salam A'laik

Lamaanyaaa tak update blog. Sudah bersawanggg.! Maaf la ye dear reader, I was quite busy with practicum, asgmnt and blabla. Ppff. Hidup kalau tanpa alasan memang tak sah ye. Oke straight to the point, "housmate sementara" I baru sahaja pulang ke Bandung Indonesia last week. Yess dia orang Bandung Indonesia. She is staying at our rented house for a month, Shes dapat tawaran sambung Master di UK, so untuk melepaskan dia masuk ke universiti sana dia kena pas IELTS  (International English Language Testing System). Hah apa IELTS tu?. Cari sendiri la kat Google tu, segalanya dihujung jari oke. hehe. 

Nisa ni staying kat rumah I sebab katanya kos nak ambil test dan class di Indonesia adalah sedikit mahal berbanding Malaysia, so dia pun decide ambil di sini. Oke macam mana kenal? Dia ni kawan my big bro yang belajar kat Bandung tu. Berbalik kepada cerita masa hari dia nak balik I was busy with Netball's tournament at SK Dusun Nanding. Wuoooo, my team kalah pun :(, takpe alhamdulillah ada pengalaman untuk next time.

So I sangat lah sedih sebabnya kehilangan 1 of my usrah mate. I suka dengar kupasan dia mengenai setiap tajuk perbincangan yang diusulkan tiap kali sesi usrah. Dan yang paling best you boleh bersembang+berbincang+bercakap mengenai apa sahaja isu dengan dia, Nisa pasti come up with an idea dan hujah yang bernas. Thank you Nisa berkongsi Idea:) Nisa ni is so nice and sweeeett... witwit! So well behave, I pulak yang tak well behave. hehe.

  
              "Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." 
(Riwayat Abu Daud)

 

Nisa with her ABC.. 1st time makan di Malaysia
Our memories never lasting Thank Allah for this friendship:)

p/s: May Allah bless you Nisa Rahma:) Selamat berjuang di perantauan

Tuesday, February 28, 2012

4H

Salam A'laik

Cikgu S berjalan menuju ke kelas 4H. Sedikit berdebar, begitulah yang dirasakan, memandangkan kelas pertama dalam jadual praktikum kali ini.
Keriuhan jelas kedengaran dari luar kelas 4H. 
Guru S melangkah masuk dengan berani...
بسم الله
"Dengan nama Allah" 

Guru S mengamati seorang-seorang murid kelas 4H, kelas terakhir dalam senarai kelas tahun 4. MashaAllah sukar benar dikawal, keriuhan yang tiada tolak bandingnya, Guru S cuba bersabar, teringat janji pada diri yang tidak mahu marah pada anak-anak kecil ini. Guru S menarik nafas panjang, tercari-cari soalan apa yang harus ditanya kepada mereka setelah menetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi murid-murid

"Hmmm dekat rumah solat tak?"
"Solat!!! Tapi kadang-kadang je" seorang murid menjawab
"Saya tahu solat tapi saya malas nak solat!" Laung seorang murid
"Saya pulak tak tahu nak solat! Solat tu macam mana? Hahahaha", seorang lagi menjawab sambil ketawa dengan penuh bangga

Guru S senyap, tersentap sebenarnya dengan jawapan anak muridnya itu,
"MashaAllah bangganya tak tahu solat", Guru S menjawap perlahan

Senyap, dalam kepala ligat berfikir,
"Bagaimana perlu aku kaitkan Islam dalam pengajaran ini, pengajaran Pendidikan Jasmani, bagaimana?" Buntu...
Ketika hanyut dalam persoalan sendiri, Guru S terlihat kelibat beberapa guru menjengah ke kelas ini, mungkin dek kerana kebisingan yang melampau batas murid-murid ini, dan akhirnya Guru S meninggi suara

"Diaaaaammmmmm!!! awak ni tak reti nak diam kerrr, kan saya dah tetapkan peraturan, kalau saya bercakap jangan sibuk-sibuk nak cakap, Tak reti bahasa ker!!!"
Senyap. 

Terlerai janji yang tersemat di dada. Sesak! Itulah yang boleh  gambarkan perasaan Guru S ketika itu, kecewa kerana tidak kuat untuk mempertahankan janjinya sendiri
Guru S menunduk kepala, kecewa dengan prestasi diri dan kelas pada hari ini.

"Aku mahu menjadi idola untuk murid-murid ku", bukan bermakna ingin menyaingi Baginda Rasulullah, jauh sekali, siapalah aku?
Cumanya aku mahu mereka mengutamakan Islam dalam semua aspek, seperti mana yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah

Sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan Allah, mengharapkan (ganjaran) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati Allah
(Surah al Ahzab : 21)

Saya mahu menakluk hati mereka :) InshaAllah!




Friday, February 3, 2012

Satu Revolusi Satu Perubahan

Salam A'laik

Blog berwajah baru? Ya saje saya ubahkan seperti ini, seiring dengan rasa perubahan yang kadangkala terasa sesak di dada.
SAYA NAK BERUBAH!
Itulah titip kata yang sering bermain di bibir+hati. Terkadang dicanang satu kampung mengenai rasa ingin berubah, diceritakan kepada semua teman baik, berkobar-kobarnya diri meminta pendapat sang Murabbi.
"Aku nak berubah ni! Kalau boleh tiap-tiap waktu aku nak berjemaah, pasti ! Lepas tu aku nak join usrah, supaya hati ni sentiasa penuh dengan ilmu InshaAllah". Kata saya penuh semangat.
Namun kadang kala realiti tidak selalu indah, janji hanya janji. Peritnya mahu mengubah diri.. Kadangkala perbuatan tidak seiring dengan kata-kata yang diluah. Saya kecewa dengan diri, gagalnya melawan bisikan syaitan dan lebih teruk lagi rela tunduk dibawah penguasaan nafsu sendiri. 

Dan agar hati kecil orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, tertarik kepada bisikan itu, dan menyenanginya, dan agar mereka melakukan apa yang biasa mereka lakukan
(al-An'am:113)

Sebenarnya berperang dengan diri sendiri itulah perang yang lebih sukar. Peperang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi yang jelas dilihat adalah kesan akibat mengalah dengan pihak musuh dari peperangan tersebut. SUSAH! Begitulah dapat saya tafsirkan, apabila nak mengajak diri mengutamakan Allah dalam segala aspek. Tanpa disedari kadangkala saya sering mengutamakan pandangan manusia berbanding dari mengira apa pandangan Allah. Nauzubillah cukup sadis!
Hmmmmmm.. Misi perubahan saya masih panjang, masih jauh, dan saya seperti anak kecil  yang masih terkial-kial untuk belajar dari merangkak ke berjalan. Begitulah hakikatnya