Saturday, August 12, 2017
Saturday, September 3, 2016
Best husband ever
Assalamualaikum
Isteri : "Abang stress nya kenapa tak jadi macam apa yang doktor jangka? Badan ayang memang tak boleh nak predict apa akan berlaku, kenapalah dengan ayang ni bang?"
Suami: *senyum penuh makna* "Ayang ni insan yang istimewa Allah ciptakan, takda orang lain macam ayang"
Aku yang serabut tadi dengan perasaan gundah gulana tiba-tiba datang satu perasaan halus yang menyenangkan
Terima kasih abang...
Isteri : "Abang stress nya kenapa tak jadi macam apa yang doktor jangka? Badan ayang memang tak boleh nak predict apa akan berlaku, kenapalah dengan ayang ni bang?"
Suami: *senyum penuh makna* "Ayang ni insan yang istimewa Allah ciptakan, takda orang lain macam ayang"
Aku yang serabut tadi dengan perasaan gundah gulana tiba-tiba datang satu perasaan halus yang menyenangkan
Terima kasih abang...
Saturday, August 6, 2016
Hello there!
Assalamualaikum
Selepas banyak benda yang berlaku akhir-akhir ni aku terpanggil untuk menulis kembali blog yang sekian lama aku tinggalkan. Alhamdulillah Allah maha pengasih lagi maha penyayang aku sihat dengan rahmat ketentuanNya
Kalau korang ternanti-nanti aku nak update pasal apa untuk entry yang ni, lupakan je sebab untuk entry kali ni aku nak bagitau yang aku da start enjin perlahan-lahan nak menulis jaa hehhehe. Jangan marah na, saja nak buat introduction. Terima kasih kerana masih setia membaca blog ini. Hopefully untuk penulisan lain kali akan dapat memberi manfaat untuk semua. Aminn
Wednesday, January 27, 2016
Moving out and Move on please !
Assalamualaikum
Alhamdulillah masa aku dapat transfer dari Bintulu ke Pulau Tuba, aku tak mengalami sebarang kejutan budaya. Sebab lebih kurang 4 orang guru baru yang dapat transfer dari Sabah dan Sarawak masuk SK Pulau Tuba (3 perempuan, seorang lelaki) alhamdulillah syukur mungkin Allah atur macam tu supaya aku takda la rasa left out sensorang (cepat rasa loser kalau sorang2).
Kami yang bertiga ni cepat ja jadi geng, sewa masuk rumah Cikgu Suhaida, then gelarkan rumah kami tu RUMAH GENG CANTIK (kahkahkah), ni semua pengaruh Sue la, dia kata meluat dengan geng kat maktab dia yang gelarkan rumah depa rumah cantik. Kira kami nak tiru la hahaha
Alhamdulillah genap setahun duduk sama-sama, memang best. Diorang ni jenis sempoi, tak cepat sentap dan sekepala. Tapi kegembiraan tak lama, yang sedihnya sorang-sorang pindah keluar dari rumah tu. Bermula dengan Wana (pindah rumah lain sebab senang family nak datang), Sue transfer ke Sabah ikut suami, and the latest Kak Ija yang dapat transfer balik rumah (sik, kedah). Tinggai la aku sorang kat rumah tu huaaaahuaaaaa (belom rezeki nak dapat transfer lagi). Last2 aku pun nak moving out, sebab rasa tak best duduk sorang-sorang. Maka terkuburlah rumah geng cantik hahaha (Maafkan saya)
Aku ni jenis suka value orang kalau orang tu boleh ngam dengan aku, sebab susah kot orang nak ngam dengan aku, aku pun tak tau kenapa (mungkin perangai aku tak best kot hehe). Jadi nak move on tu ambil masa yang lama sebab aku akan asyik terkenang-kenang moment best bersama.
from left Asma (lepas ni aku pindah masuk rumah dia), Kak Ija, Wana dan aku 😬
dengan Suee (shes pregnant 5 weeks now, alhamdulillah)
Monday, January 25, 2016
Officialy 27
Assalamualaikum
Apa khabar semua? Alhamdulillah aku sihat di kepulauan ini, aku bersyukur pada Allah atas kurniaan kesihatan yang berpanjangan kepadaku dan kasih sayang yang tak pernah surut dari orang sekeliling aku. Alhamdulillah thumma alhamdulillah, Allah maha besar, maha penyanyang
18 Januari 2016 genap sudah umur aku 27 tahun, terima kasih atas segala ucapan dan doa yang dititipkan oleh anda semua, hanya Allah yang dapat membalasnya. Rasa tinggal berapa tahun je lagi aku nak masuk 30 series, semoga Allah mendengar dan memakbulkan segala doa aku sebelum aku masuk 30 an. Amin ya Rabb.
Time birthday aku ada di Pulau Tuba, jadi takda la celebrate apa pun, cuma yang kelakarnya suami aku boleh lupa hari jadi aku, punya la aku merajuk dengan dia, hantar gambar kita muncung pun dia tak faham lagi hahahah. Tapi petang tu dia da ingat da, dia pun call dan wish aku thru whassap, tapi satu pun aku tak reply, terasa punya pasal, tapi bila fikir balik ya Allah teruknya perangai! Berdosa sebab selalu buat suami kecik hati dengan aku. Lagipun suami aku sibuk dengan kerja, as a wife aku seharusnya lebih berlapang dada dan aku harus sedar ak pun dah makin tua, ucapan birthday bukan lagi keutamaan huhu. Ampun abang, i love you.
Satu ja yang aku ingat semakin bertambah usia semakin dekat kita dengan kematian, sudah bersediakah aku?
Monday, September 7, 2015
Bukan semua orang suka kat kamu! Ingat sikit!
Asslamualaikum
Cikgu A: Kamu ni nak datang kelas tambahan malam ke tak??? Kenapa buat perangai tak masuk
kelas ni??
B. :Saya tak mau masuk kelas Sains ja
CikguA: Kenapa pulak?
B :sebab saya tak suka Cikgu Shakira
Well thats hurt, walaupun B tak cakap directly to muka aku🙄🙄,
dalam beberapa hari aku banyak pikir kenapa B jadi macam tu padahal tahun lepas dia antara murid kesayangan aku (pandai), dari semua budak lelaki kelas dia, B sorang ja bagi hadiah kat aku masa hari guru (masa nak bagi malu2 kucing) hahaha, tapi bila da masuk tahun 6 perangai da makin berubah makin ego..
Aku bila nak masuk kelas tahun 6 jadi tak best sebab dia buat perangai tak buat kerja, tak hormataku kat depan dan paling tak best dia mempengaruhi kawan2 dia untuk tak buat jugak kerja,bersembang macam aku takde dalam kelas..
Aku jadi sedih aku nak bantu depa ni capai cita cita depa, keluar dari pulau ni timba ilmu tinggi2 balik pulau tuba boleh la jadi doktor ka apa ka..I shall not give up! Ya Allah beri lah aku kekuatan dan kesabaran dalam mendidikan anak-anak ku ini 😞
Tuesday, August 4, 2015
Mystery island : Tuba Island
Assalamualaikum
Lama aku tak update blog, malas betoi huhu, lagi satu aku tertanya-tanya ada ke lagi orang nak baca blog kan sebab aku sekarang da malas nak baca blog hehe. Tapi sebab aku nak membebel aku nak update jugak la
Alhamdulillah all praise is to Allah, sekarang aku tak mengajar di Bintulu da, aku telah ditukarkan ke Langkawi tapi bukan la kat Kuah, ke Pulau Tuba, which means lepas naik feri kena naik bot tambang Rm 5 untuk ke Pulau tu, at first rase ngeri kot, yela bila aku tanya myhubs Pulau Tuba kat mana dia boleh terdiam dan mengeluh menyebabkan aku terus fikir bukan-bukan
1) Murid tak ramai
so aku bole fokus lebih sikit dekat murid yang bermasalah. oh btw bukan la tiga orang ja satu kelas macam dalam gambar, ramai le jugak dalam 22 - 28 orang, tapi atleast senang sikit terkawal
so aku bole fokus lebih sikit dekat murid yang bermasalah. oh btw bukan la tiga orang ja satu kelas macam dalam gambar, ramai le jugak dalam 22 - 28 orang, tapi atleast senang sikit terkawal
2) Syurga makanan laut
Kat sini bahan mentah semua fresh dan besar2, tak sempat masuk peti ais pun orang da masak bagi ko makan, kat kantin sekolah memang best la sebab harga sangat murah, bayang kan sekor sotong besar tu harga dalam RM1.30 satu. 😱😱😱😱 memang kejutan budaya mula2 hahaha
3) Orang kampung baik hati
suka sedekah hasil laut alhamdulillah terima kasih no
4) Hubungan Ibu bapa dan guru memang baik
ibu bapa sangat ringan tulang bantu cikgu, maka terhasil lah kelas yang cantik dan ceria
5) housemate sempoi gile
Alhamdulillah diorang ni jenis tak berkira pastu teror masak plak tu (yang tu yang penting) haha
6) Yang paling utama sekali
alhamdulillah sekarang bole jumpa hubs tiap minggu berbanding dulu Alhamdulillah alhamdulillah
Yang dapat tukar perdalaman tu jangan negatif sangat, sebenarnya banyak lagi benda positif yang ada kat tempat yang anda tak suka tu, tepuk dada tanya hati la k.. hehe
Sunday, November 16, 2014
I learn, I muhasarawak
Assalamualakum.
Agak lama tidak bersua, rindu nak membebel kat sini. Masih adakah yang sudi membaca? Kalau tak sudi pun takpe lah biar aku membebel seorang diri 😍😘
Duduk di sarawak sebenarnya banyak mengajar aku segala macam benda. Alhamdulillah aku masih bernafas di sini, masih mampu mengukir senyuman walaupun keputusan eg tukar mendukacitakan. Sedih memang sedih bila mengenangkan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang terabai (sabar ye bang, tahun depan kita cuba lagi) tapi hidup perlu diteruskan menangis camne pun takkan ubah keputusan eg tukar tu. Alhamdulillah😀
Tapi itu bukanlah point aku, mari aku kongsi cerita pengalaman menangis aku kat sini.
Kalau aku balik lewat dari sekolah sebab tusyen atau trainning aku selalu tercari-cari budak yang tertinggal van. Yelah dah jam 6.00 petang tapi tak balik lagi (sekolah aku satu sesi ja, sesi pagi) mostly diorang ni terlepas van sebab main dengan kawan-kawan lepas habis sekolah (sekolah habis jam 12.20) pastu tak sedar van datang, pe lagi tertinggal la jawapnya. Sebenarnya walau tertinggal pun mak bapak diorang akan call orang van cakap anak diorang tertinggal. Tapi tula van datang balik selalunya jam 6 petang. Jadi secara rela hati aku akan hantar mereka balik.
Aku ceritakan dulu pasal budak-budak ni. Dulu sekolah aku kat tengah bandar, lepas berlaku dua kali kebakaran kecil, jadi dapatlah tapak dan sekolah baru nun di kampung baru, jadi budak budak ni ada yang jarak dari sekolah ke rumah sampai 10 batu ( jangan ingat 1 batu sama dengan 1km ye, carik la 10 batu tu berapa km). Jadi memikirkan jarak yang jauh mesti diorang ni bertolak dari rumah pun awal kan (sekolah aku start jam 6.30 pagi). Kesian lah dekat budak-budak rehat tak cukup.
Jadi, semalam bila aku balik dalam jam 5.30 aku, mata aku menilau cari budak2 yang tak balik lagi, dan aku ternampak Nana (budak tahun 5). Muka Nana dah macam nak menangis sebab tinggal dia sorang kat situ, aku panggil dia
cikgu: 'Nana mari cikgu hantar balik'
Nana: 'Yeke cikgu (membulatkan matanya), tapi rumah saya jauh cikgu kat batu 7 jalan bintulu miri tu cikgu'
Cikgu: 'takpe naik ja'
Nana pun naik, bole tahan jauh perjalanan ke rumah Nana ni, dia siap membebel kat aku dalam kereta cakap tambang van mahal sangat lah. waktu aku sampai simpang rumah dia, aku tertanya tanya mana satu rumah dia sebab itu kawasan kilang kan, pelik jugak tak nampak rumah pun. nana dengan relex menunjukkan rumah dia 'tu haa cikgu, tu la rumah saya' sambil senyum.
Aku pun tengok ke arah yang ditunjuk nana, rasa terkedu kejap sebab yang ditunjuk itu hanya kotak container, Allahuakhbar
Allah syukurnya hidup aku, senang ada kereta, rumah selesa, makan cukup, duit cukup segala serba cukup tapi masih jugak aku nak mengeluh..😓😥 Kebanyakan budak yang aku hantar balik kondisi rumah mereka memang sama macam Nana dan ada yang lebih teruk lagi. Semoga mereka dapat menjadi orang yang berguna di masa hadapan amin:)
Thursday, January 30, 2014
Tunaikan hak kanak-kanak please
Assalamualaikum dan Salam A'laik
Busy sebenarnya hari ini, tapi tak tahu kenapa saya boleh tidur petang tadi -__- biasalah umur dah makin tua ni tidur kena cukup kan behee
Busy pasal apa la kan, hmmm busy nak menyiapkan lesson plan, BBM, list name etc etc
hmmmmmmm......
Tak tahu kenapa saya rasa sangat sebak dan sedih saat mengisi maklumat murid-murid tahun 6 kelas saya. Sades sebenarnya kerana terdapat beberapa murid yang datang dari keluarga yang:
1) mak bapa bercerai, jadi anak dijaga oleh datuk dan nenek (datuk yang uzur terpaksa bekerja keras sebagai buruh kasar sebab nak menampung rezeki keluarga) OhmyRab :( sebak
2) bapa lari tinggal mak, jadi mak sorang2 kena besarkan anak-anak (mengapa lari dari tanggungjawab?) sebak lagi
3) Bapa tinggalkan mak, jadi mak (orang iban/non muslim) tinggal bersama-sama seorang lelaki warganegara Indonesia yang beragama ISLAM tanpa ada ikatan perkahwinan. Nauzubillah
Yang paling hiba sekali, sebenarnya saya da boleh kesan beberapa murid yang datang dari keluarga bermasalah ni sejak mula-mula saya masuk kelas nak mengajar tanpa perlu saya melihat borang maklumat peribadi mereka. Personaliti dan perwatakan mereka sangat berbeza. Mereka lebih senyap, tidak aktif dalam p&p, pemalu dan ada sebahagiannya yang mempunyai masalah displin yang agak teruk. Jadi saya selalu membuat persepsi sendiri bahawa kanak-kanak yang datang dari 'broken family' ini memang mempunyai masalah personaliti berbanding kanak-kanak yang datang dari keluarga normal, ini bukan ANDAIAN saya, ini memang apa yang saya PERHATIKAN
Oh tolonglah jangan kata nak cari duit lebih untuk beri kebahagian kepada kanak-kanak dan membolehkan kita lupa tanggungjawab sebenar sebagai ibu bapa semua itu nonsense. Kanak-kanak bukan mata duitan, mereka lebih memerlukan kasih sayang insan yang bergelar ibu bapa okee. Ada sebahagian anak murid saya yang datang dari golongan yang susah oleh kerana ibu bapa berpendapatan rendah, tetapi mereka dilihat sangat bahagia dan mempunyai personaliti riang. (ehem kadang-kadang terlebih periang dan annoying juga) tapi takpe itu sudah menunjukkan mereka normal dan mendapat kasih sayang kan kan. Undang undang Dunia pun ada menyatakan bahawa kanak kanak berhak mendapat keperluan KASIH SAYANG..
Saya tidak mahu salahkan ibu bapa, tapi ibu bapa kena berhenti dan berfikir sejenak
"anak aku ni dah dapat cukup perhatian ke?"
"anak-anak dah cukup kasih sayang ke?"
Ibu bapa pleasee jalani hidup yang sihat.. Itu pun jika anda mahukan anak-anak tidak terjebak dalam budaya tidak sihat
Wallahualam
Monday, January 27, 2014
Saturday, January 25, 2014
My dream wedding!
Assalamualaikum and Salam A'laik
It has been a long time I didnt write anything here, Im just uploaded a bunch of picture to make sure my baby Blog didnt feel lonely bhahaha
Okey focus
Last year was my busy year (starting from July till December) Preparing for a new job (as you know Im a Teacher in Sarawak) and also busyy preparing for my BigWedding day! wotwot! So basicly I do have a wishlist about what Im gonna do on my wedding day! emmm does everyone have their own wishlist?
My Planning
1. To make my veryyy own Dress (a plain of jubah with no makeup)
2. To make my own pelamin (Planning not to have aktiviti persandingan, just a place to capture a picture with families and friends)
3. To have a wall of picture about us (dari kecik sampai besaq)
4. Wear a niqab
4. etc etc ( Forgot)
It has been a long time I didnt write anything here, Im just uploaded a bunch of picture to make sure my baby Blog didnt feel lonely bhahaha
Okey focus
Last year was my busy year (starting from July till December) Preparing for a new job (as you know Im a Teacher in Sarawak) and also busyy preparing for my BigWedding day! wotwot! So basicly I do have a wishlist about what Im gonna do on my wedding day! emmm does everyone have their own wishlist?
My Planning
1. To make my veryyy own Dress (a plain of jubah with no makeup)
2. To make my own pelamin (Planning not to have aktiviti persandingan, just a place to capture a picture with families and friends)
3. To have a wall of picture about us (dari kecik sampai besaq)
4. Wear a niqab
4. etc etc ( Forgot)
' Tapi kita merancang Allah juga ada perancangannya'
None of the list become true, bhahaha... But despite of all, everything were done by my parents and lovely sisters when I was away million miles from home! mashaAllah you guys do a goodjob bravo! I felt so overwhelming with all the result although I didnt get a chance to make my wishlist become real hoho
its okey I will apply to my children later :) Sorry babies Mommy have a plan to you
ikhlas
Pengantin baru
Oh here some of the pictures on my wedding
its okey I will apply to my children later :) Sorry babies Mommy have a plan to you
ikhlas
Pengantin baru
Oh here some of the pictures on my wedding
Pelamin
Wedding dress on my side (sewa tak sempat nak buat) khayalan tinggal angan-angan ;P
But the dress is so nicee. Everyone like it! Except the make up -__-
To be honest I really dont like my makeup on my side.
so THICK and the worst I look so GARANG!
Sorry
My Baju Nikah (Bought it at Jalan TAR, FirstLady Boutique)
I change the original kain with my mom's songket (masa dia nikah)
Im so in love with my baju nikah+tudung+veil+songkek
Felt like Im using mom's things
Alhamdulillah!
;)
The back bone on my Wedding Day
Le Raha's Family
Can you see my mom smile.
mashaAllah !
TERIMA KASIH MAK ATAS SEGALA-GALANYA
May Allah reward you mak :)
tTo be Continue
Tuesday, December 10, 2013
Friday, June 7, 2013
Sisters
Assalamualaikum dan salam 'Alaik
Dear my lovely sisters
Kebelakangan ni banyak juga ujian dan permasalahan yang menimpa kan kan (tanya kat adik beradik) tapi inshAllah boleh saja kita overcome semua ni, sekarang pun semua orang dah sedar diri hehe. InshaAllah kita akan sama-sama terus bantu membantu. Amin amin
Never blame anyone in life
Good people give happiness.
Bad people give experiences.
Worst people give a lesson.
Best people give memories.
Endurance is the crowning quality, and patience all the passion of great hearts
Dear my lovely sisters
Kebelakangan ni banyak juga ujian dan permasalahan yang menimpa kan kan (tanya kat adik beradik) tapi inshAllah boleh saja kita overcome semua ni, sekarang pun semua orang dah sedar diri hehe. InshaAllah kita akan sama-sama terus bantu membantu. Amin amin
Never blame anyone in life
Good people give happiness.
Bad people give experiences.
Worst people give a lesson.
Best people give memories.
Endurance is the crowning quality, and patience all the passion of great hearts
Sunday, May 26, 2013
Wednesday, May 22, 2013
Tabiat Maryam #Niece
Assalamualaikum dan Salam A'laik
Maryam anak saudaraku tercinta mempunyai tabiat yang agak merunsingkan makcik-makcik dan opahnya, hanya mama maryam sahaja yang releks dan cool seperti tiada apa yang berlaku. Kadang kala makciknya bertukar menjadi gorila juga dek kerana tabiat maryam ini hehe. Tabiatnya itu ialah menyelerakkan barang-barang tanpa rasa bersalah, sudah selesai menyelerakkan barang-barang maryam bertindak memarahi sesiapa yang cuba untuk mengemasnya kembali. Jadi keselerakan itu terpaksa dibiarkan untuk tempoh yang lama (haih runsing-runsing) terpaksalah kami kemas apabila dia sudah tidur ataupun ketika dia leka dengan perkara lain pula.
Maryam oh Maryam
Melihat kepada ke'cool'an mama Maryam membuatkan saya tertanya-tanya "Adakah saya pun akan jadi cool seperti itu apabila sudah mempunyai anak?" hehe
Love Shakira
Love Shakira
Monday, May 20, 2013
Perihal makan
Asslamualaikum dan Salam A'laik
Sekarang-sekarang nak makan pun kena berjaga-jaga, kena limit, karbohidrat dan lemak kena cut yela berdasarkan pemerhatian dan penelitian didapati sekarang ni badan saya mudah benar naik dan sukar pulak nak turun berbeza betul jika dibandingkan masa muda belia dahulu (macam la tua sangat haha) tambahan lagi makcik-makcik yang datang dirumah juga menegur, oh agak stress disitu, kata doktor ini mungkin disebabkan kadar metabolisme badan yang rendah oleh kerana kurangnya bersukan dan juga mungkin akibat pengambilan pil yang saya amalkan (yang kesannya akan menaikkan berat badan).
Aduh... gimana ni pak?
Walaupun begitu apa yang berlaku ada hikmahnya, Allah is the best perancang, disebabkan saya sangat malas untuk bersenam (sebab takde kawan) minda saya telah dibuka untuk memulakan kaedah pemakanan yang sihat, sebelum ni memang makan secara sangat tak sihat, lemak adalah bestfriendku. Sekian harap maklum.
Apa kaedah pengambilan makanan sihat yang saya amalkan? Alar senang je korang ikut piramid makanan tu je settle masalah, cumanya saya letak karbohidrat dan lemak di peringkat paling atas, manakala protein dan vitamin adalah base keke. Lepas tu banyakkan rebus-rebusan dan stim memang sangat bagus woweee, semoga dapatlah saya apply apabila berkeluarga nanti kelak Amin.
Marilah kita berdoa semoga saya diberi kekuatan untuk meneruskan amalan ni ya, nafsu saya sering digugat apabila melihat makanan-makanan sedap yang berlemak krim yumyum
Aih aih nak makan pon stress *gambar hiasan
Tuesday, May 14, 2013
Islah diri
Assalamualaikum dan Salam A'laik
Sedang asyik bermain-main dengan si Tasnim bersama budak Hafizah di kala hening Maghrib yang menunjukkan jam 7.36 pm, tetiba mama Tasnim datang mencelah lalu berkata-katalah beliau:
Mama Tasnim : Adik-adikku tahu tak apa perkara yang paling disukai Allah?
Me : ...........??
Budak Hafizah: Solat di awal waktu!
Mama Tasnim : ya Allah bagusnya! Lagi apa perkara yang disukai Allah?
Me : ...........??
Budak Hafizah: Taat pada ibu bapa!
Mama Tasnim: Bagus! Lepas tu barulah datangnya berjihad, ni ada dalam hadith yang diriwayatkan oleh nabi
Me : Ooooooo
Mama Tasnim : Jadi pergilah solat sekaraaaannngggg!!
Muka marah hehe *ini bukanlah Tasnim, Tasnim lagi comel dari ini keke
Hadith nya lebih kurang begini la
Sabda Nabi SAW;
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a,
katanya:
Saya telah bertanya kepada Nabi SAW: Amalan apakah yang
paling disukai oleh Allah? Baginda menjawab: Sembahyang dalam
waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Kemudian berbakti kepada ibubapa. Beliau bertanya
lagi: Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Berjihad di
jalan Allah. Beliau berkata lagi: Baginda SAW telah berbicara kepada
saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah
lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. [Hadis riwayat Bukhari]
haih haih secara tiba-tiba azam tahun baru yang dilaung-laungkan lalu teriang-iang kembali di benak fikiranku.
Alamak!
Subscribe to:
Posts (Atom)



























.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


