Monday, June 25, 2012

Orang-orang kesayangan yang terlibat +Aktiviti

Salam Alaik

AKTIVITI
 Makan, mandi, main baring, solat,  Makan,  mandi, main, baring, Makan, mandi, main, baring. Aktiviti diulang-diulang sehingga objektif tercapai

OBJEKTIF
Rasa puas hati!

 ♥ Banyaknya makanan, dan sedih sebenarnya sebab ada yang membazir, =( Takpelah lain kali punya trip plan betul-betul ♥

♥ We have sandwich here ♥

 ♥ Good day with a good food! Yummy!♥

♥ The working hard Mummy Sal! Saaaayannng lebih ♥

 ♥ Pembuat air Miela ♥ Siti

♥ Posing Farhanan ♥ Hanani

♥ Menghargai ciptaan Allah ♥

 ♥ Lepaking, Doing nothing, tak g tolong pun bakar bbq..Heheh Sory Mommy! ♥

♥ Mommy! ♥

 ♥ Mandi, Main Makan, Mandi, Main, Makan ♥

 ♥Malarkodee ♥Siti ♥Sima ♥Sal ♥Hidayah ♥Afifah ♥Hanani ♥Farhana ♥Faezien ♥Nad ♥Miela ♥Me ♥

Mengenal Allah Dengan Memperhatikan Alam - Part 2

Salam A'laik

 More update photo of out Picnic activities at Lubuk Manggis Hulu Langat. Time kitaorang pergi hari Khamis (week days) So memang sangat best sebab tak ada orang, kitaorang jer yang ada, memang sesuka hati kami menjerit-jerit sakan dan sebagainya, sory la ek hadirin hadirat, kami memang terlebih aktif, semua part aktif, terutamanya mulut, hehe:)

Well ni first time I sampai sini, tak percaya pula di Kuala Lumpur ada juga tempat kampung macam ni, dalam perjalanan nak ke sini I terserempak dengan banyak tempat-tempat yang menarik perhatian I lagi mendamaikan, terutamanya ada sekolah tahfiz yang comel dibina di sebelah kawasan air terjun. Memang strategik! Rasanya diorang memang jaga kot, yela tempat rekreasi/ tumpuan pelancong.

Tapi nak masuk kena bayar la pulak, RM3 per adult, children free kot, tak tahu la sebab haritu kami tak bawak budak-budak.:P First time I masuk tempat air terjun kena bayar, hehe. Tempat sangat clean, bersih dan clear. SYUKUR ALHAMDULILLAH

Subhanallahhh Cantiknyyyyyyaaaaaaa .. Mata bling bling *_^

Subhanallah! Allahuakhbar!  Mata Bling bling  *_^

Subhanallah! Allahuakhbar!  Mata Bling bling  *_^

Subhanallah! Allahuakhbar! Mata Bling bling  *_^

Tetiba ada seekor rama-rama yang berterbangan di kawasan perkelahan kami, seperti mengalu-alukan kedatangan kami ke sini, ehem ehem, Terima kasih Cik rama-rama =)

Subhanallah! Allahuakhbar! Mata Bling bling  *_^

Subhanallah! Allahuakhbar! Mata Bling bling  *_^

Subhanallah! Allahuakhbar! Mata Bling bling  *_^


Thursday, June 21, 2012

Lalai

Salam A'laik

Sekarang ni da lalai dengan 1D. ..Syuuuhhh pergi la kau dari hidupku..  Pergi pergi, O'Allah give me strength! supaya aku tidak mudah lalai dengan dunia, hasutan nafsu dan syaitan.. AMIN!


Mengenal Allah Dengan Memperhatikan Alam - Part 1

Salam A'laik

إِنَّ فِيْ خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَ الْأَرْضِ وَ اخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَ النَّهَارِ وَ الْفُلْكِ الَّتِيْ تَجْرِيْ فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ وَ مَا أَنْزَلَ اللهُ مِنَ السَّمَاء مِنْ مَّاء فَأَحْيَى بِهِ الْأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَ بَثَّ فِيْهَا مِنْ كُلِّ دَآبَّةٍ وَ تَصْرِيْفِ الرِّيَاحِ وَ السَّحَابِ الْمُسَخِّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَ الْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُوْنَ


"Sesungguhnya pada kejadian semua langit dan bumi dan perubahan malam dan siang d an kapal yang berlayar di lautan membawa barang yang bermanfaat bagi manusia, dan apa yang diturunkan Allah dari langit dari ada air, maka dihidupkanNya dengan (air) itu bumi, sesudah matinya , seraya disebarkanNya padanya dari tiap-tiap jenis binatang, dan peredaran angin, dan awan yang diperintah di antara langit dan bumi; adalah semua­nya itu tanda-tanda bagi kaum yang berakal" 
(Al-baqarah 2:164)



I telah ke satu tempat perkelahan air terjun bersama-sama sahabat sekelas (yang perempuan). Alhamdulillah sangat seronok, dan I tak berkesempatan untuk mandi, tapi I berkesempatan melihat dan menghayati ciptaan Allah yang sangat hebat, tanpa cacat cela.. Rasa nak nangis..:( Jom hayati lagu Maher

Subhan Allah, Maher Zain

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
ندعوك ونرجوا غفرانك

As I traveled through the earth
I can’t help but notice
The symphony I hear all around
from the smallest grain of sand
to the faraway planets
to a flower put in roots in the ground
Every bird in the sky
Every rock and every raindrop
Says as it falls from the clouds
every ant, every plant
every breeze and all the seas
They all sing
سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك
 ندعوك ونرجوا غفرانك

Sebab gambar picnic tiada lagi, so I masukkan dulu gambar masa Jaulah ALUMNI PGPI, di Gombak haritu




P/S: Gambar picnic will be update as soon as possible:) 

Monday, June 18, 2012

Simple Dinner

Salam A'laik

Ehem-ehem.. Tadi I teringin sangaaat nak makan burger, memang lama da tak makan oke. Seriously I memang sangat suka burger Mcd, tapi lepas da boikot memang dah tak jejak kaki lagi la ke situ. Nak tak nak I pun buat lah sandwich for my dinner tadi. jadi pengganti burger.Yummy. Alhamdulillah nikmat Allah :)

 "Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada kamu; "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami berikan rezeki kepada kamu."
Al-baqarah (2:57)



Kat rumah tak ada daging burger, so I guna hotdog, cepat masak tak payah goreng, just rebus dahulu sahaja

I just love cheese so much! I guna yang ni instead of yang tabur punya sebab kalau guna yang tu memang tak ingat dunia I akan tabur banyak. hihi. My fovourite cheese semestinya adalah cheese BEGA


Then masukkan dalam oven dalam suhu 130 darjah celcius, dalam 10 minit

Pastu I taruh cheese tabur kat roti kosong yang tak ada sosej tu. hah kan da cakap gila cheese hehe

I tak suka cheese yang garing, tak ada nikmat nak makan. hehe

Then salad, I suka taruh thousand island sos, kalau you tak mahu taruh pun oke jugak, tapi lapisan bawah tu I taruh sos cili jugak

 Taraa finish.. My simple dinner.


Tuesday, June 12, 2012

Mati itu pasti

Salam A'laik
Kejapnya sudah masuk semester 8, habis cuti tiga minggu ni bermulalah semester terakhir di IPG bersama sahabat dan pensyarah. Alhamdulillah semakin menghampiri ke garisan penghabisan. Dalam sedar tak sedar  “Ya Allah tiba-tiba kini aku telah tua!”

“Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (Al- Asr: 1-3)

Takut sebenarnya memikirkan bahawanya kematian semakin menghampiri, kerana memikirkan amalan pahala yang tidak cukup untuk melayakkan kaki melangkah  masuk ke pintu syurga malah amalan dosa pula yang bertimbun, Astaghfirullah. Usia manusia ni ada batasan, dan kita tak tahu berapa umur batas akhir usia kita, mungkin 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun, dan jika diizinkan Allah mungkin melangkaui 90 hingga 100 tahun, kita tak akan pernah tahu, hanya Allah yang tahu. Jadi sudah siapkah kita??

 Kita tak tahu bila saat kematian kita, sama ada tua atau muda

"Dimana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup) mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah Muhammad : Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah berpunca dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)" (Al-Nisa':78)

Percayalah tiada siapa mampu lari/ mengelak diri dari kematian. Di mana sekalipun kita berpijak, kematian pasti menghampiri dan mengikut kita, maka bertaubatlah, taubat yang sebenar-benarnya. Setelah bertaubat, usahakan bergaul dengan sahabat yang boleh mendorong ke jalan kebaikan dan menghindarkan kamu dari terjerumus buat kali kedua. Berkawan dengan orang soleh adalah langkah terbaik untuk menguatkan iman, dan takwa. Orang soleh adalah mereka yang memenuhi hak Allah dan hak sesama insan. Jadikan mereka sahabat agar cahaya mereka dapat menembusi hatimu menjadi terang dengan cahaya Allah

Namun bagaimana dengan sahabat lama kita? Yang susah senang bersama, perlukah kita meninggalkan mereka hanya kerana mereka tidak soleh?? Ohhhh tidakkk perlu, teruskan hubungan persahabatan, malah jika boleh rapatkan lagi,  disinilah tugas kita bermula, MEMBERI PERINGATAN, disamping kita berkawan terapkan nilai-nilai baik dalam sahabat-sahabat kita. Kalau boleh kita mesti nak masuk syurga dengan semua sahabat-sahabat baik kita kan:) I LOVE MY SAHABAT!


P/S: Yang digusarkan kini, ramai muslimin dan muslimat yang risau jika mati sebelum sempat berkahwin bukannya risau kerana amalan pahala. Moga kita tidak berada dalam golongan tersebut.